BY : Admin
SIKIT-SIKIT UGUT GUNA PEGUAM....Rowena scammer murahan yang sanggup membuang ahli keluarga sendiri semata-mata menutup kejalangan penipuannya dengan membuat Laporan Polis tanpa waran tangkap. Laporan polis Rowena yang bersifat 'untuk makluman sahaja' hanya bertujuan menakut-nakutkan orang awam.
Kemajuan teknologi yang
semakin pesat membangun dilihat banyak memanfaatkan kemudahan masyarakat dunia
seperti pembelian jual beli online, pembayaran segala bil-bil secara online dan
sebagainya.
Namun di sebalik keghairahan
masyarakat menikmati kepantasan teknologi di hujung jari, mereka lupa bahawa
scammer juga tumpang gembira menanti peluang untuk menipu secara online.
Syarikat-syarikat transaksi
online kini dilihat wujud terlalu banyak seperti marketplace, mudah.my, lazada,
shopee dan macam-macam lagi. Namun adakah mereka ini semua dapat menjamin
transaksi anda dengan selamat? Pernahkah anda membeli barangan letrik secara online umpamanya namun barang
tersebut tidak dihantar sama sekali? Ya, semakin ramai yang menjadi salah satu
modus operandi Scammer ini.
Di sini, Admin ingin
berkongsi kepada anda semua tips-tips untuk mengelak dari terjebak dalam
penipuan online mahupun para penipu 'walk-in face to face'
1. Pastikan anda tahu
tentang hak sebagai pengguna. Pengguna disini bermaksud pembeli. Sebagai pengguna,
anda wajib tahu sebagai hak anda sebagai pembeli bahawa kesemua barang dan
perkhidmatan yang anda bayar dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pengguna
(APP) 1999 (atau Akta 599). Jika penjual menipu anda, anda sebagai pembeli
boleh failkan ke Tribunal Tuntutan Pengguna megikut negeri masing-masing. Tuntutan
boleh difailkan bersama bukti ke https://ttpm.kpdnhep.gov.my.
LAIN BENTUK.....Pengguna seharusnya berhak mendapat full refund di atas kesilapan Penjual, asalkan jangan klik 'order received' dalam website online.
2. Jika penjual pula ditipu,
pastikan bukti perbualan whatsapp, sms, gambar segala dokumen pembeli dilaporkan
terus ke balai polis berdekatan untuk tindakan sivil. Anda boleh failkan tuntutan
sivil terus ke mahkamah majistret tanpa mengupah sebarang peguam dengan syarat
tuntutan tidak melebihi RM5000, jika ingin lebih daripada amaun tersebut, anda
bolehlah menggunakan khidmat peguam. Jika pembeli sukar dikesan, sila viralkan
supaya mereka tampil ke hadapan. Perlu di ingat hanya viral fitnah sahaja akan
menjadi serangan balas penipu. Jika kesemua penipuan benar maka viral adalah
benar dan bukan fitnah.
3. Pastikan laman web
tersebut ada sistem jaminan. Jaminan yang dimaksudkan di sini ialah sistem
pengembalian wang jika barang rosak, tidak memenuhi spesifikasi asal seperti dalam
iklan, barang tidak sampai. Berhati-hati dengan marketplace facebook dan mudah.my
kerana mereka tidak mempunyai ciri-ciri sistem jaminan berkenaan. Setakat ini,
shopee, Apple Store masih dianggap sebagai laman web yang memberikan jaminan
terhadap pembeli. Jangan klik 'order received' dalam mana-mana butang jika
barangan diterima bermasalah ataupun belum diterima, sebaiknya hubungi pihak
admin laman web berkenaan.
4. Dokumen lengkap dan urusniaga
berkaitan hartanah. Jangan tandatangan sebarang dokumen perjanjian seperti sewa
rumah atau pembelian penjualan rumah tanpa melalui Agent atau Peguam yang
bertauliah. Jika tuan rumah tidak menggunakan khidmat agent, pastikan penyewa
memberikan deposit penuh semasa menandatangani sebarang perjanjian sewa rumah.
Jangan sesekali menyerahkan kunci sebelum deposit penuh diserahkan kepada anda.
Penyerahan kunci dianggap sebagai satu pencerobohan selagi belum menandatangani
sebarang dokumen perjanjian. Jika dia menggunakan nama pasangannya, pastikan pemilik
berdaftar berkenaan berhubung terus dengan penama berkenaan. Lebih senang dan
selamat, gunakanlah khidmat agent hartanah yang berdaftar dan bertauliah.
Walaupun komisen agak tinggi namun transaksi dijamin 100% selamat daripada
gangguan Scammer.
5. Lebih baik berjumpa
daripada bank-in online. Transaksi secara bank in online sangat popular di marketplace
atau mudah.my. Anda tentunya boleh mengenali profile facebook scammer namun
kebanyakkan mereka menggunakan gambar profile orang lain. Bukan itu sahaja,
mereka juga menggunakan akaun bank orang lain sebagai transaksi online. Perlu
diingat, pihak polis susah bekerjasama menyiasat pemilik akaun bank. Siapa yang
rugi, pasti anda putih mata bukan?
MALANG.....Sungguh malang nasib Lelaki ini kerana gambarnya dipergunakan bahawa Rowena punyai 'cable' kuat dengan Pihak Artis Malaysia.
6. Taktik saman atau ugut
mangsa. Untuk makluman, pihak polis Malaysia lebih suka menyerahkan kes
penipuan kepada urusan sivil bukan jenayah komersil. Sejak kes penipuan banyak
dikendalikan oleh mahkamah sivil atau mahkamah majistret melalui tuntutan sivil
maka para scammer mengambil kesempatan dengan mengugut mangsa melalui ugutan
saman atau ugutan scammer mempunyai pengaruh kuat sebagai 'ngo' atau kaitan
darah dengan ahli politik. Terbaru ialah pasangan kekasih sejoli puan Rowena
Llenado dan Saudara Khairul Akhmal bin Johari. Setiap permintaan penipuan
mereka yang tidak dilayani atau dikesan peringkat awal mesti diakhiri dengan
ugutan saman malu atau saman fitnah. Jangan terpedaya dengan taktik kotor
begini, malah mangsa harus bertindak bijaksana, kumpul seberapa banyak bukti
dan viralkan untutk tontotan umum. Tiada undang-undang dalam dunia menyanjung
dan menyokong penipuan! Akta Fitnah hanya cerita fitnah, jika benar menipu maka
itu bukan dikategorikan dalam Akta Viral dan Fitnah! Viral sebanyak mungkin sehingga
mereka tiada ruang untuk menipu di mana-mana sampai bila-bila!
LAWYER BURUK MENGUGUT MANGSA.....ada pulak masa Lawyer berperangai budak weechat? Sepatutnya Scammer begini perlu mendapat perhatian para Penggubal Undang2 supaya tiada 'LOOPHOLE' dalam jenayah penipuan!
7. Taktik mempergunakan
agama. Taktik ini tidak kurang hebatnya dipergunakan oleh para scammer. Mereka
akan meraih simpati mangsa dan orang awam bahawa mereka adalah orang yang baik.
Taktik ini digunakan untuk menghalalkan setiap perbuatan penipuan mereka. Malah
akan menggunakan profile ulamak-ulamak tempatan dan terulung dalam whatsap atau
facebook apabila dikejar dan dicari mangsa.
8. Tiada barangan murah
gila! Ramai yang terpedaya dengan penawaran harga murah gila sehingga sanggup
membuat transaksi bank in online tanpa menyiasat terlebih dahulu latar belakang
penjual. Akibatnya, pembeli menunggu berbulan-bulan malah bertahun barangan
yang sudah dibayar secara online, manakala penjual lari begitu sahaja.
SURAT RASMI PALSU....Letterhead surat rasmi mudah didapati di mana-mana sahaja. Scammer akan menipu mangsa dengan penawaran award projek dan memperdaya mangsa dengan pembayaran awal deposit.
9. Maklumat peribadi dan
akaun bank kekal 'private'. Scammer MACAU sangat licik mendapatkan maklumat
akan bank, nombor tarikh lahir dan tempat tinggal mangsa. Terbaru scammer akan
menelefon anda dengan menyamar sebagai orang-orang mahkamah, peguam, atau
pegawai polis. Perlu diingatkan setiap urusan mahkamah hanya dibuat secara
bertulis atau terus ke rumah anda melalaui waran tangkap. Jangan layan, malah
terus blok nombor telefon berkenaan dan viralkan kepada mana-mana page atau
website sebagai langkah berjaga-jaga.
10. Pastikan simpan rekod hitam putih pertandingan. Masih ingat kes Dato Vida yang menipu penyanyi terkenal Aisyah? Pada mulanya Vida menafikan penipuan beliau sehingga sanggup menyaman penyanyi kesayangan Malaysia Aisyah. Namun kebodohan Vida tentang akta Viral dan Fitnah telah menyebabkan kesemua saman Vida terhadap Aisyah ditolak mahkamah Tinggi. Akhirnya Vida terpaksa menggunakan taktik marketing baharu dengan mempergunakan anaknya untuk membayar wang kerugian Aisyah! Anaknya yang berniaga keropok ikan salmon skin itu kononnya berjaya mengumpul wang hasil jualan lalu memberikan kenyataan media bahawa akan membayar Aisyah.
10. Pastikan simpan rekod hitam putih pertandingan. Masih ingat kes Dato Vida yang menipu penyanyi terkenal Aisyah? Pada mulanya Vida menafikan penipuan beliau sehingga sanggup menyaman penyanyi kesayangan Malaysia Aisyah. Namun kebodohan Vida tentang akta Viral dan Fitnah telah menyebabkan kesemua saman Vida terhadap Aisyah ditolak mahkamah Tinggi. Akhirnya Vida terpaksa menggunakan taktik marketing baharu dengan mempergunakan anaknya untuk membayar wang kerugian Aisyah! Anaknya yang berniaga keropok ikan salmon skin itu kononnya berjaya mengumpul wang hasil jualan lalu memberikan kenyataan media bahawa akan membayar Aisyah.
GANTI RUGI KEPADA AISYAH.....Akhirnya CIK B anak kepada Vida menggunakan teknik marketing tersendiri agar masyarakat simpati kepada mereka sekeluarga
Admin ingin tegaskan di
sini, setiap transaksi perlulah ada hitam putih agar pihak berkuasa mampu
mengesan mangsa dengan senang. Sepandai-pandai scammer berlari laju, akhirnya
suatu masa tersadung sendiri ke tanah jua!
No comments:
Post a Comment