By: Admin
Dianggarkan ramai yang menghadiri dan menyaksikan acara Perhimpunan
Black Sunday di Gaya Street Kota Kinabalu pada hari ini 15 December 2019.
Acara tersebut diadakan berikutan tanda protes terhadap Kerajaan Warisan
Sabah yang memperkenalkan program Pas Sementara Sabah (PSS) terhadap warga
pendatang tanpa izin PATI, menurut Tuan Jamain Sarudin selaku Pengerusi Penganjur.
Acara Black Sunday ini dirasmikan Yb Datuk Dr Jeffrey G Kitingan, DSP Yong
Teck Lee dan YB Datuk Joniston Bangkuai.
Menurut Yb Datuk Dr Jeffrey G Kitingan pengenalan PSS ini bukan sahaja
tidak relevan dengan situasi sosial teruk yang melanda Sabah malah dilihat
sebagai 'privilage' kepada PATI yang ingin memasuki Sabah secara haram. PSS
tidak dilihat sebagai penyelesaian PATI di negeri Sabah.
DSP Yong Teck Lee menegaskan kepada Kerajaan Negeri agar mematuhi
perlembagaan sedia ada dan bukannya melonggarkan kemasukan warga asing ke
Sabah.
Pengerusi penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang hadir
memeriahkan program berkenaan.
Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!
ReplyDeleteHương Lâm chuyên cung cấp máy photocopy, chúng tôi cung cấp máy photocopy ricoh, toshiba, canon, sharp, đặc biệt chúng tôi có cung cấp máy photocopy màu uy tín, giá rẻ nhất.