Sunday 15 December 2019

PERHIMPUNAN BLACK SUNDAY 'SAY NO TO PSS"



By: Admin

Dianggarkan ramai yang menghadiri dan menyaksikan acara Perhimpunan Black Sunday di Gaya Street Kota Kinabalu pada hari ini 15 December 2019.

Acara tersebut diadakan berikutan tanda protes terhadap Kerajaan Warisan Sabah yang memperkenalkan program Pas Sementara Sabah (PSS) terhadap warga pendatang tanpa izin PATI, menurut  Tuan Jamain Sarudin selaku Pengerusi Penganjur.
Acara Black Sunday ini dirasmikan Yb Datuk Dr Jeffrey G Kitingan, DSP Yong Teck Lee dan YB Datuk Joniston Bangkuai. 





Menurut Yb Datuk Dr Jeffrey G Kitingan pengenalan PSS ini bukan sahaja tidak relevan dengan situasi sosial teruk yang melanda Sabah malah dilihat sebagai 'privilage' kepada PATI yang ingin memasuki Sabah secara haram. PSS tidak dilihat sebagai penyelesaian PATI di negeri Sabah.

DSP Yong Teck Lee menegaskan kepada Kerajaan Negeri agar mematuhi perlembagaan sedia ada dan bukannya melonggarkan kemasukan warga asing ke Sabah.

Pengerusi penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang hadir memeriahkan program berkenaan.

1 comment:

  1. Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!

    Hương Lâm chuyên cung cấp máy photocopy, chúng tôi cung cấp máy photocopy ricoh, toshiba, canon, sharp, đặc biệt chúng tôi có cung cấp máy photocopy màu uy tín, giá rẻ nhất.

    ReplyDelete