Saturday 2 May 2015

Pekan Gum-Gum Akan Dinaik Taraf, Kata Zakaria



Oleh: Shaimon S Jumadi


GAMBAR KELIHATAN….Hj Hamsan (duduk tengah) mempengerusikan mesyuarat yang turut dihadiri oleh Zakaria (kanan, di tepi Hamsan) di Wisma Perbandaran


SANDAKAN: Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) Haji Mohd Hamsan Haji Awang Supain telah mempengerusikan mesyuarat perbincangan penyediaan pelan pembangunan Pekan Gum Gum di Wisma Perbandaran kelmarin.


Mesyuarat berkenaan turut dihadiri oleh Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Gum Gum Datuk Zakaria Haji Mohd Edris, pegawai-pegawai dari MPS, Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah, Jabatan Air, Polis Di Raja Malaysia dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) DUN Gum Gum.

Cadangan pembangunan Pekan Gum Gum yang diilhamkan oleh Datuk Zakaria ini, kini ditahap  penyediaan pelan.

Pegawai Bahagian Perancangan Fizikal, Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah Shahrum Radzlee Mohd Samlih telah memberi taklimat berhubung  cadangan pelan yang telah disediakan oleh pihaknya sebelum dibentang bersama mereka yang menghadiri mesyuarat.

Pelan Pekan Gum Gum terletak didalam kawasan liputan Pelan Tempatan Sandakan dan jarak jaringan perhubungan jalanraya dari Pekan Gum Gum ke Pusat Bandar Sandakan adalah sejauh 30 KM.

Keluasan keseluruhan kawasan Pekan Gum Gum setelah mengambilkira perluasan kawasan sempadan adalah 228 ekar. Pekan ini dibahagikan kepada beberapa pembangunan gunatanah seperti perumahan, perniagaan, kemudahan awam, perkhidmatan dan industri.

Kawasan komersil terdiri daripada kawasan perkedaian, tapak tamu dan cadangan pembangunan komersil akan datang , manakala kawasan perumahan dibahagikan kepada dua jenis kepadatan iaitu perumahan berkepadatan tinggi dan berkepadatan sederhana.

Kawasan tapak industri pula dicadangakan di kawasan simpang keluar ke jalan utama Telupid – Sandakan.

Pembangunan Pekan Gum Gum ini akan menaiktarafkan kehidupan masyarakat di kawasan Gum Gum disamping mewujudkan peluang perniagaan kepada mereka dan juga peluang pekerjaan kepada anak-anak muda di situ.


Antara cadangan dalam pelan pembangunan ini adalah pembinaan kemudahan awam seperti bangunan yang menempatkan jabatan-jabatan Kerajaan, mini hospital, balai polis dan balai bomba.

No comments:

Post a Comment