Wednesday 6 May 2015

Mesyuarat Agung DPIMS ke 11



KOTA KINABALU : Dewan Perdagangan Islam Malaysia Cawangan Sabah (DPIMS) telah mengadakan Mesyuarat Agung kali ke-11 dan seterusnya mengadakan pemilihan Ahli Jawatankuasa Baru bagi sesi 2015-2018 , petang ahad lepas.

Mesyuarat telah diadakan pada 26hb April yang bertempat di Dewan Serbaguna Habibah Suites itu telah dihadiri seramai 36 orang perwakilan. Bacaan doa menjadi pembuka tirai mesyuarat pada petang itu, sebelum memulakan acara seterusnya.


Pengerusi DPIMS Dato’ Sri Hj. Jenar Bin Hj Lamdah, dalam perutusannya mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan kehadiran semua perwakilan yang hadir ke Mesyuarat Agung kali ke-11. Dalam perutusannya beliau berkata “tujuan asa penubuhan DPIMS ialah untuk membantu ke arah pembangunan ekonomi Warga Islam khususnya negeri Sabah amnya Malaysia”,

Katanya lagi, “pelbagai program telah dirancang dan sedang dalam pelaksanaannya untuk memastikan segala objektif dan tujuan penubuhan DPIMS ini tercapai”. Selaras dengan laugan slogan “Beriman dan Bermuamalah”.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Hj. Muhamad Sahar Bin Mat Din Timbalan Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia. 

Semasa pemilihan perwakilan sebulat suara mengekalkan AJK Sesi yang lepas dikekalkan dan membuat penambahan dengan melantik AJK Penerangan untuk membantu dan memastikan DPIMS dikenali di seluruh Sabah.

Senarai AJK sesi 2015 hingga 2018 Pengerusi Dato’ Sri Hj. Jenar Bin Hj. Lamdah, Timbalan Pengerusi Dato’ Perais Bin Hj. Sharif Baba, Naib Pengerusi Dr. Hjh. Hajijah Binti Ag. Ali, Setiausaha Kehormat Dato’ Nani Bin Sakam, Bendahari Dato’ Mustapha Bin Jaafar, AJK Dato’ Paduka Ruslan Paus, Faisal Hj. Jaafar, Jamil Anang, Julianah Jusit, Muhamad Hj. Said, Rosland Masmud, Hjh. Nanih Abah, Kamariah Yahya, Neomi Francis Lantikan Khas AJK Penerangan Awil Bin Kamsari.

Di penangguhan mesyuarat, Pengerusi mengucapkan syabas dan tahniah kepada AJK yang telah dipilih dan meminta kepada semua perwakilan agar sama-sama untuk mempromosikan DPIMS.

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan boleh berhubung terus dengan Setiausaha Kehormat Dato’Nani Bin Sakam di talian 01126698954 dan AJK Penerangan Awil Bin Kamsari di talian 013-8515137 ataupun menghubungi pejabat 088-262784 dan fax 088-254784.


No comments:

Post a Comment