Sunday 24 May 2015

Hadiah Menarik Untuk Peserta Dan Orang Ramai Di Pertandingan Busking BN Youth Music Di Tenom



PERSEDIAAN AKHIR....Jamawi (tengah) bersama jawatankuasa penganjur program semasa mesyuarat akhir persediaan program tersebut

TENOM: Sejumlah hadiah hadiah menarik disediakan bagi  peserta yang menyertai pertandingan Busking BN  Youth Music 2015 Malam Belia anjuran Pergerakan Pemuda Umno/BN Tenom  dengan kerjasama Keningau FM yang akan diadakan pada malam 23 Mei ini bertempat di pentas Utama Padang Bandaran Tenom bermula jam 8.00 Malam.


Pengerusi Penganjur yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno/BN Tenom  Jamawi Jaafar (gambar kecil) berkata bagi johan  bagi pertandingan tersebut akan menerima hadiah wang Tunai RM3,000 Naib Johan RM2,000 dan Tempat Ketiga RM 1,500.

Menurut beliau orang ramai yang hadir menyaksikan program tersebut juga berpeluang membawa balik hadiah hadiah yang ditawarkan melalui cabutan tiket bertuah berupa dua buah motosikal dan 10 barangan elektrik antaranya Peti Sejuk ,TV dan Mesin basuh.

“Saya berharap orang ramai khususnya golongan muda akan hadir memeriahkan program ini selain berpeluang menyaksikan penampilan anak-anak muda dalam bidang muzik Busking mereka juag berpeluang untuk memenangi hadiah hadiah menerik melalui cabutan tiket bertuah yang disediakan penganjur” katanya ketika ditemui di sini selepas mempengerusikan  mesyuarat akhir jawatankuasa penganjur program di Bilik mesyuarat Pergerakan Pemuda Umno Tenom malam kemarin.

Hadir sama Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom Rusali Andiar dan Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno Tenom Imam Mohd Taslim Tahir.

Tambah Jamawi yang juga Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno matlamat utama penganjuran  program tersebut selain menyatukan golongan belia dalam satu program yang menjurus kepada semangat perpaduan ianya juga sebagai tapak untuk mengetengahkan  bakat para belia yang aktif dalam bidang muzik namun belum menemui platform untuk menonjolkan bakat seni mereka untuk diangkat ke peringkat yang lebih tinggi.

“ Kami menerima penyertaan yang begitu menggalakkan dari kumpulan kumpulan Busking di negeri ini bagaimana setelah saringan awal dibuat hanya lima kumpulan akan beraksi di peringkat akhir “ katanya

Selain itu menurut Jamawi Pergerakan Pemuda Umno /BN Tenom juga membuka kaunter  pendaftaran ahli dan pendaftaran pemilih yang dikendalikan oleh  Pejabat Jasa dan Kemas Daerah Tenom selain aktviti sampingan lain seperti pemeran ,sukan rakyat dan gerai-gerai jualan prodak tempatan.

“Saya berharap orang ramai khususnya anak-anak muda di daerah ini dan daerah daerah berhampiran hadir untuk memberikan sokongan serta memeriahkan program ini dimana kita mensasarkan lebih dari 3,000 orang akan hadir menyaksikan program ini” katanya.


No comments:

Post a Comment