DIHARGAI...Wak Sugiyanto yang mewakili Jamawi menerima T-shirt dari penganjur pertandingan selepas merasmikan kejohanan tersebut
TENOM: Usaha bagi memastikan golongan belia tidak terjebak dengan gejala tidak sihat memerlukan peranan semua persatuan di negeri ini untuk menarik seramai mungkin belia menyertai aktiviti berpersatuan.
Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom Jamawi Jaafar berkata, untuk merealisasikan hasrat itu setiap persatuan belia perlu memantapkan aktiviti mereka supaya bersesuaian dengan kehendak golongan muda.
Jelas beliau, setiap persatuan juga perlu aktif menambah bilangan ahli terutama dari golongan belia kerana dengan jumlah ahli yang ramai barulah sesuatu aktiviti berjaya dilaksanakan.
''Sudah tiba masanya untuk kita menamatkan segala label-label tidak sihat yang mana golongan belia kini sering dikaitkan dengan pelbagai gejala sosial seperti pelesit rempit, dadah dan jenayah yang lain.
''Saya yakin sekiranya mereka aktif dalam sesuatu persatuan, golongan ini akan terhindar daripada aktiviti-aktiviti negatif seperti ini," katanya
Jamawi yang juga Pengerusi Kopersi Belia Tenom Berhad berkata demikian ketika berucap merasmikan Pertandingan Luncur Terbuka ( Skatebord) Tenom di Tapak Tamu Pekan Tenom dekat sini kelmarin.
Teks ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Pengerusi Kopersi Belia Tenom Wak Sugiyanto Trimo
Menurut Jamawi yang juga Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno banyak program-boleh diatur dan dilaksanakan oleh persatuan belia kearah melahirkan masyarakat belia memiliki jatidiri,akhlak serta semengat juang yang tinggi dalam menghadapi cabaran semasa.
“Antaranya aktiviti sukan seperti sukan Papan Luncur ( Skatebord) antara sukan yang menjadi kegemaran golongan remaja masa kini. Selain dapat dijadikan aktiviti riadah untuk melahirkan golongan belia yang cergas minda dan fizikal kejohanan seperti ini juga mampu mendidik mereka budaya kerja berpasukan selain dapat menyamai semangat perpaduan” katanya.
Dalam pada itu Jamawi berharap pihak kerajaan dapat membina kemudahan gelanggang papan luncur di daerah Tenom bagi membolehkan aktiviti sukan lasak tersebut dapat dilaksanakan di tempat yang lebih selesa dan selamat selain memberikan galakan kepada golongan muda untuk terlibat aktif dalam sukan tersebut.
Pertandingan Papan Luncur tersebut Berjaya menarik penyertaan dari peserta peserta sukan Papan Luncur dari beberapa buah daerah antaranya Tenom, Keningau, Kota Kinabalu, Sipitang, Beaufort dan Sandakan.
No comments:
Post a Comment