TAMPARULI: Golongan wanita berumur 35 tahun ke atas dipelawa untuk menyertai Kejohanan Futsal Wanita Kilauan Emas Terbuka (Sabah) anjuran Unit Bola Sepak (SAFA) Tuaran pada 14 Jun ini di Tamparuli Futsal Centre.
Yuran penyertaan untuk setiap pasukan yang bertanding adalah RM150 sahaja manakala hadiah berjumlah lebih RM4500 bakal dimenangi oleh peserta bagi kejohanan yang julung kalinya diadakan kepada para golongan veteran itu.
Johan akan menerima wang tunai RM1500 beserta medal dan sijil penyertaan manakala Naib Johan akan menerima RM1200, medal dan sijil dan pemenang tempat ketiga akan pulang dengan RM1000, medal dan sijil.
Selain tiga hadiah utama tersebut, pihak penganjur turut menyediakan hadiah bagi pemenang di tempat keempat berjumlah RM800 beserta medal dan sijil penyertaan.
Berita baik juga kepada para penonton dan semua pemain bahawa selain bersukan, mereka juga berpeluang untuk memenangi hadiah menerusi acara cabutan tiket bertuah yang dijual dengan harga RM1 sekeping.
Menurut maklumat yang diperolehi melalui pihak penganjur, setiap satu pasukan adalah seramai sembilan (9) orang sahaja termasuk pengurus pasukan, di mana seramai dua orang pemain mestilah berusia 35 hingga 40 tahun manakala selebihnya tujuh lagi lagi emstilah berusia 41 dan ke atas.
Borang-borang penyertaan boleh diperolehi melalui Julia (019-8708418), Florence (016-5525460), Rabikah (013-5927799), Noraini (016-8055020), Lily (019-8411409), Elizabeth (014-6507569), Nur Eidaya (016-8012065), Haryati (01125058841), Juliana (019-8802799), Anidah (01125372419), Baniah (014-6577046), dan Pat (01116007347).
Bagi yang berada berhampiran Tamparuli dan Tuaran pula boleh mendapatkan borang melalui Tamparuli Futsal Centre dan MJ Corner Berungis.
No comments:
Post a Comment