ISYARAT...Rosnah bersama Mozidah dan jemputan lain para pelajar menunjukkan isyarat bagus sebagai simbol memelihara dan memulihara alam sekitar pada majlis tersebut
PAPAR: Malaysia adalah antara Negara yang paling banyak mengeluarkan sampah, di mana kira-kira 17,000 tan dihasilkan setiap hari, atau sebanyak lebih 5 juta tan setiap tahun.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Hajah Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata jumlah tersebut dijangka akan meningkat pada kadar 2 peratus setiap tahun ekoran kepesatan pembangunan dan pertambahan penduduk.
Menurut Rosnah angka tersebut agak meruncingkan jika tidak ada usaha proaktif untuk menanganinya terutamanya dalam memberikan kesedaran kepada masyarakat umum mengenai kawalan pembaungan sampah dan sisa pepejal yang tidak terkawal yang memberikan impak yang negetif terhadap alam sekitar.
“Walaupun teknologi-teknologi canggih diwujudkan untuk pelupusan sisa buangan dan kerajaan sentiasa memastikan proses peningkatan pengunaan teknologi tersebut, namun ianya tidak akan berhasil seandainya masyarakat tidak mempunyai kefahaman dan amalan yang positif bagi mengurangkan pengeluaran sampah” katanya ketika berucap merasmikan program “ Go Gren anjuran Rakan Alam Sekitar Peringkat Parlimen P.175 Papar di Dewan SMK Benoni kelmarin.
Sehubungan dengan itu Rosnah yang juga Ahli Parlimen Papar berkata, kesedaran masyarakat terhadap kepentingan alam sekitar perlu diperkasakan terutamanya di kalangan generasi muda dan landasan terbaik ialah melalui pendidikan di sekolah sekolah.
Menurut Rosnah lagi walaupun negara kini diambang untuk menjadi sebuah negara maju dengan kepesatan pembangunannya namun usaha menjaga alam sekitar tetap diberikan keutamaan tersebut.
RASMI...Rosnah menandatangani plug sebagai simbol perasmian program tersebut
Katanya, kerajaan sentiasa mengatur langkah positif dengan menjalin kerjasama dengan pelbagai pihak samada secara langsung ataupun tidak langsung untuk memberi impak positif terhadap usaha pemeliharaan alam sekitar dan bumi Iaitu dengan mengurangkan penebangan hutan yang tidak terurus bagi memastikan sumber hutan sentiasa berkekalan.
“Penebangan hutan secara berleluasa, akan mengakibatkan bencana alam yang dahsyat. Akhir - akhir ini keadaan bumi sudah semakin membimbangkan . Salah satunya berlaku akibat penebangan hutan secara berleluasa yang dilakukan oleh manusia sendiri” katanya.
Mengulas program tersebut Rosnah berkata ianya merupakan pendekatan terbaik dan menjadi platform bagi melahirkan genersi yang berintegriti dalam bagi memberikan penididikan kepada para pelajar bagi memelihara dan memulihara alam sekitar.
Hadir sama Wakil Pegawai Pendidikan Daerah Papar Ikhbal Khan Ismail, Pengetus Cemerlang SMK Benoni Papar Mozidah Hamzah, dan Yang Dipertua PIBG SMK Benoni Papar Haji Hussin Matzin.
No comments:
Post a Comment