Thursday 14 May 2015

Keluarga Shs Supplies Consultancy Sdn Bhd Meriah




SATU PASUKAN....Salleh bersama Isteri (tengah) bersama kakikatangan SHS Supplies Consultancy Sdn Bhd yang hadir ke sambutan tersebut




PEKERJA merupakan tinggak kejayaan sesebuah institusi atau syarikat dan bagi menentukan kecermalangan sesebuah syarikat atau institusi tersebut ia perlu memiliki pekerja yang berdedikasi dan berdaya saing.


Menyedari hakikat itu, Syarikat SHS Supplies Consultancy Sdn Bhd yang diterajui seorang usahawan muda Salleh Misjin baru-baru ini mengadakan sambutan Hari Keluarga syarikat tersebut bertempat di Binsulok Nature Resort Membakut.

Sambutan yang bertemakan “  Sentiasa Menuju dan Bergerak Ke hadapan Untuk Maju “ diadakan  serentak dengan sambutan  Hari Pekerja tahun ini dan merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Syarikat SHS Supplies Consultancy Sdn Bhd sebagai menghargai sumbangan pekerja kepada syarikat disamping dijadikan wadah untuk mengeratkan hubungan silatulrahim antara pekerja, keluarga pekerja dan juga  pihak pengurusan syarikat.

Ketika ditemui di majlis ini Salleh yang juga  Pengarah Urusan syarikat Syarikat SHS Supplies Consultancy Sdn Bhd berkata,program ini dianjurkan sebagai merai dan mengiktiraf warga kerja  syarikat yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam perkhidmatan dan jawatan yang disandang selain pengiktarafan dalam setiap pencapaian cemerlang yang mereka (kakitangan) tunjukkan selama ini kepada syarikat.

“Kejayaan sesebuah organisasi sebenarnya banyak bergantung kepada kualiti sumber manusia yang merupakan penjana, penghubung, penggerak, pelaksana dan penyelaras kepada sumber-sumber lain di dalam sesebuah organisasi”

"Kebajikan pekerja harus dijaga kerana mereka adalah tonggak utama kejayaan sesebuah syarikat. Jika pekerja merasakan hak mereka sentiasa terbela dan tidak diabaikan, pasti mereka lebih bersungguh-sungguh melakukan tugas yang telah dipertanggungjawabkan disamping acara tahunan sebegini dapat merapatkan hubungan antara majikan dan pekerja “ katanya 

Dalam pada itu Salleh berharap semua pekerja di syarikat itu yang kini mencecah 42 orang perlu menggalas tanggungjawab yang lebih mencabar untuk membangunkan syarikat tersebut agar berdaya maju.

Katanya segala bentuk cabaran perlu dipandang tinggi sebagai satu titik tolak kepada hasrat untuk menjadi warga organisasi yang terbilang

Menurut Salleh pekerja dianggap cemerlang apabila dapat melakukan tugas atau tanggungjawab melangkaui bidang tugas rutinnya. Malahan “output” pekerja cemerlang juga bukan pada tahap biasa malahan hingga ke tahap luar biasa yang seterusnya mencapai kecemerlangan.

“ Sejajar dengan itu, usaha untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada pekerja misalnya dalam acara seperti ini merupakan pendekatan syarikat   bagi mendorong pekerja untuk turut sama mengamalkan semangat kerja berpasukan bagi mempastikan kecermalangan boleh dicapai” katanya 
Tambah Salleh  tanpa sokongan dan kerjasama pekerja lain, tidak mungkin sesuatu kerja dapat disempurnakan dengan jayanya. Kerjasama sesama pekerja ibarat aur dengan tebing yang saling membantu, memerlukan dan melengkapi.

Pelbagai acara turut diadakan sempana majlis tersebut antara ceramah agama yang disampaikan oleh  Ustaz Mohd Fadzli Dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Cawangan Sabah ,Pertandingan Tarik Tali, Timang Bola, Bola Tampar, Senamrobek,  cabutan Tiket Bertuah dan pertandingan Karaoke.

No comments:

Post a Comment