OLEH: SHAIMON S JUMADI
LAHAD DATU - Satu kemalangan berlaku di Jalan Kampung Jeraco Lahad Datu yang membabitkan sebuah Bas Express dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke Tawau telah bertembung dengan sebuah kereta pacuan 4 roda pada jam 2.40 pagi semalam dan telah mengorbankan 2 orang, manakala penumpang 3 lagi yang lainnya cedera.
Menurut beberapa saksi yang juga penumpang, bas itu dipandu dengan laju semasa dalam perjalanan dari Kota Kinabalu lagi.
“Kami sudah jangkakan awal-awal lagi, kalau memandu bas tidak berhemah seperti Pemandu Bas ini, pastinya berlaku kemalangan. Memang tepat sekali jangkaan kami itu” katanya.
Memang tidak nafikan ada segelintir Pemandu Bas Express memandu terlalu laju tanpa memikirkan keselamatan penumpang seperti Pelesit. Kemungkinan juga disebabkan terlalu mengantuk atau dalam keadaan mabuk mengundang kemalangan yang kerap berlaku akhir-akhir ini.
Bagi pihak editorial Sabahkini.net, diucapkan takziah kepada keluarga yang telah kehilangan orang yang disayangi pergi buat selama-lamanya, semoga roh-roh mereka dicucuri rahmat dan tiga orang yang cedera didoakan semoga mereka cepat sembuh.
No comments:
Post a Comment