Thursday, 13 November 2014

MANGSA KEBAKARAN DI KAMPUNG PITURU KINARUT DIBANTU: GHULAM

Oleh : Jaafar Abdul Wahid


PENJELASAN..Ghulam sedang memperkatakan sesuatu kepada mangsa mangsa yang terlibat dalam kebakaran tersebut

KINARUT - Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kawang Datuk  Haji Ghulam Haidar Khan Bahadar meminta mangsa mangsa kebakaran rumah di kampong Pituru dekat sini, yang berlaku  pada malam rabu lepas  supaya bersabar dan redha menerima ketentuan Allah SWT.


Beliau sebaik sahaja dimaklumkan tentang kejadian tersebut bergegas meninggalkan Persidangan Dewan Undangan Negeri yang sedang berlangsung untuk menemui mangsa-mangsa kebakaran yang telah di pindahkan ke Dewan Masyarakat Taman Pantai Lok Kawi, Kinarut.


SUMBANGAN…Ghulam diiiringi oleh . Pegawai Daerah Papar Sarimin MF Basir, Hadi Abd.Said dan Juil ketika menyampaikan sumbangan kepada salah seorang mangsa kebakaran tersebut

Menurut Ghulam sebagai pemimpin termasuk rakan rakan pemimpin yang lain di kawasan itu, mereka bersimpati atas kejadian yang berlaku dan usaha telah dan akan dilakukan untuk membantu mangsa mangsa kebakaran terutamanya dari aspek kebajikan selepas mereka kehilangan tempat tinggal.


BINCANG…Ghulam sedang memperkatakan sesuatu kepada Sarimin,Hadi, Juil serta pemimpin tempatan lain berhubung tindakan susulan bagi membantu mangsa kebakaran tersebut

“Saya sudah berbincang bersama Pengerusi Bencana  Alam Daerah dan pemimpin lain di kawasan ini mengenal pesti jumlah keluarga mangsa yang terlibat  untuk menyalurkan bantuan terawal yang boleh kita hulurkan kepada mereka terutamanya tempat tinggal. Sementara keperluan makanan dan kesihatan perlu difikirkan dengan kadar segera sebelum membantu para mangsa mencari jalan membina kediaman baru”, katanya ketika ditemui selepas menemui dan menyampaikan sumbangan kepada semua mangsa yang terlibat di sini kelmarin.


MANGSA..Mangsa kebakaran ditempatkan sementara di Dewan Masyarakat Taman Pantai Lok Kawi.

Hadir sama Pegawai Daerah Papar Sirimin MF Basir, Setiausaha Sulit Pembantu Menteri Kerajaya Hadi Kassim yang mewakili Rosnah yang juga Ahli Parlimen Papar, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Papar Abd.Said Ambok dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.21 Kawang Datuk Juil Nuatim.

Dalam kejadian  kebakaran yang berlaku  dalam jam 1.50 pagi pada malam rabu  lepas,dilaporkan  telah memusnahkan sebanyak  15 buah rumah papan yang melibatkan  23 orang Ketua Keluarga. Dalam statistik berkenaan, mangsa yang terlibat dianggarkan  seramai 186  orang termasuk kanak-kanak , bagaimanapun tiada   kecederaan atau  kehilangan nyawa dilaporkan dalam kejadian tersebut.


DENGAR..Antara mangsa kebakaran yang terlibat mendengar penjelasan dari Ghulam semasa lawatan tersebut

Pemangku Ketua Balai Bomba Papar Iszuady Rosli berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 2.10 pagi dan mengarahkan empat jentera ke tempat kejadian sehingga api dapat dikawal sepenuhnya pada pukul 5.29 pagi. Operasi  pemadaman juga turut dibantu 31 anggota daripada Jabatan Pertahanan Awam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Diraja Malaysia (ATM).


BERSABAR… Kata kata semangat dan bersabar diluahkan kepada seorang ibu ketika Ghulam menyampaikan sumbangan peribadinya.

Dalam pada itu, Ghulam yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Insfrastruktur turut  menyampaikan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pihak Bomba dan angggota dari JPA,pihak PDRM dan ATM yang  telah membantu menjayakan operasi pemadaman api termasuk membantu memindahkan mangsa-mangsa ke Pusat Pemindahan Sementara.


No comments:

Post a Comment