OLEH: FRANCIL LEE
KOTA KINABALU - Seorang wartawan veteran dari daerah Sandakan yang pernah mengharumkan nama Portal Online Sabahkini.Net, media Portal Sabah tiga tahun lalu akan kembali semula bertugas sebagai Wartawan Sambilan di portal ini berkuatkuasa pada 13 November 2014.
Orang yang dimaksudkan iaitu Shaimon S Jumadi yang pernah berkhidmat secara sepenuh masa di portal Online Sabahkini.Net sebagai Wartawan Kanan/Ketua Biro Wilayah Sandakan, Tawau dan Semporna bermula pada Oktober 2010 sehingga Mei 2013.
Menurut Editor Sabahkin.Net beliau diterima semula untuk kembali menjadi wartawan di portal ini berdasarkan pengalaman beliau sebagai kerjaya bidang kewartawanan di negeri ini hampir mencecah 36 tahun.
Diharap para pembaca setia portal online Sabahkini.Net yang masih lagi menikmati perkembangan berita-berita terbitan Sabahkini, anda boleh melayari sesawang kami Sabahkinimirror.blogspot.com. Bukan itu sahaja, orang ramai yang ingin mendapat khidmat untuk membuat berita-berita panas dan sensasi anda bolehlah berhubung dengan Shaimon S Jumadi melalui talian H/P nombor 013-8882409 atau email ssjumadi@gmail.com.
“Saya bagi pihak editorial Sabahikini.Net mengalu-alukan kedatangan Shaimon S Jumadi untuk kembali ke portal ini agar dapat menghasilkan berta-berita yang terbaik untuk terbitan portal ini” Kata Editor.
SAYA BERTERIMA KASIH BANAYAK KEPADA EDITOR SABAHKINI.NET KERANA MENERIMA SEMULA BERTUGAS DI SABAHKINI.NET. SAYA BERJANJI AKAN BERTUGAS BERSUNGGUH-SUNGUH UNTUK MENAIKAN SEMULA NAMA SABAHKNI.NET DI MATA PARA PEMBACA PORTAL INI
ReplyDelete