Sunday, 30 November 2014

80 NELAYAN BATU SAPI DAPAT BANTUAN PERALATAN


OLEH: SHAIMON S JUMADI


Linda……menyampaikan bantuan peralatan kepada nelayan dari kawasan Batu Sapi

SANDAKAN - Seramai 80 orang nelayan telah menerima bantuan peralatan melalui peruntukan Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP) kawasan Batu Sapi.


Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Linda Tsen Thau Lin telah menyempurnakan Majlis Penyerahan tersebut di premis Persatuan Perikanan Tongkang Sandakan di Kampung Pukat.

Dalam ucapan beliau, Linda berkata bahawa Kerajaan Barisan Nasional sentiasa prihatin tentang keperluan semua lapisan masyarakat.

Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen adalah satu mekanisme yang diwujudkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk membantu rakyat dalam pembangunan sektor pertanian termasuk perikanan, tambahnya lagi.

Melalui Majlis ini, Kerajaan menyalurkan bantuan kepada pekebun dan nelayan. Pada tahun-tahun lepas, MPPP Kawasan Batu Sapi telah memberi perhatian kepada Pekebun-Pekebun kecil dan memberi anak-anak ikan kepada Nelayan, kata Linda.

Pada kali ini, MPPP telah telah membuat keputusan untuk menggalakkan aktiviti perikanan dengan memberi bantuan kelengkapan dan peralatan, katanya.

Program penyerahan kelengkapan dan peralatan perikanan seperti bintur ketam, pukat dan alat-alatan lain hari ini bertujuan untuk menggalakkan kegiatan perikanan dan membantu para nelayan di kawasan Parlimen Batu Sapi, tambah Linda.


“Saya menyarankan agar para penerima bantuan ini agar menggunakan semua peralatan dan kelengkapan yang diberikan oleh kerajaan ini demi mencapai kehidupan yang lebih selesa,” kata Linda.

No comments:

Post a Comment