Sunday, 23 November 2014

JKDB FLAT KARAMUNTING HIDUP SEGAN MATI TAK MAHU


OLEH : SHAIMON S JUMADI


Jalan Lorong Belakang  Becak Bau Busuk

KARAMUNTING - Beberapa  orang penduduk Flat Karamunting mendakwa bahawa Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar (JKDB) yang dipimpin oleh seorang wanita langsung tidak berfungsi sebagai Agen Kerajaan untuk membantu  kepada penduduk-penduduk di Flat ini.


Sebagai pengerusi JKDB, seharusnya  mempunyai tanggungjawab untuk membantu masyarakat iaitu mengajukan sebarang masalah  ke pengetahuan pihat tertentu seperti Wakil Rakyat dan pihak kerajaan.


Penyambungan Haram Elektrik Haram Dibekalkan Kerumah Setinggan

Dalam tinjauan  Wartawan Sabahkini.net, sebaik saja menerima aduan daripada beberapa orang penduduk Flat Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), kelihatan seluruh persekitaran bangunan itu dalam keadaan yang amat kotor dan menjijikkan  malah menyakitkan mata yang memandang.


Lorong Pejalan Kaki DiJadikan Tempat Pembuangan Sampah

Dilorong-lorong kaki lima  bangunan itu, kelihatan tempat  menyimpan tong-tong ikan yang tidak teratur. Manakala, lorong Pejalan Kaki pula  dijadikan tempat pembuangan sampah. 


Dua Kenderaan Rosak lebih 10 tahun Tersadai Tidak Dialihkan

Lebih mengejutkan lagi, pendedahan Sabahkini.net menemui beberapa penyambungan  elektrik haram dari bangunan Flat untuk dibekalkan ke rumah-rumah setinggan  yang berhampiran. Jalan di lorong belakang dalam keadaan becak, berbau busuk serta dihiasi dengan dua buah kenderaan rosak dan tersadai selama sepuluh tahun.


Lorong Bangunan Tempat Penyimpan Tong-Tong Ikan

Kata jurucakap itu lagi, sepatutnya pihak JKDB boleh menganjurkan Program Gotong Royong untuk membersihkan kawasan sekeliling bangunan. Mereka seharusnya boleh mengajukan  Surat Pekeliling Jemputan Mesyuarat buat semua penduduk termasuklah jemputan buat  ADUN Sekong dan Ahli Parlimen Batu Sapi untuk mengetuai program yang dimaksudkan itu.

“Kami kesal ada Badan JKDB tetapi tak berfungsi  langsung. Sepatutnya  sebagai sebuah badan agensi kerajaan  ia berfungsi sebagai mata telinga kerajaan. Tugas utama mereka adalah menyampaikan hasrat rakyat kepada kerajaan di samping menyampaikan matlamat dan dasar-dasar kerajaan kepada rakyat, inilah sebenarnya tugas-tugas pengerusi JKDB ini. Diibaratkan jambatan perantaran penghubung antara rakyat dan kerajaan” ujar Jurucakap itu lagi.

No comments:

Post a Comment