Sunday, 23 November 2014

SABAH JOHAN KESELURUHAN KARNIVAL KASTEK KEBANGSAAN 2014


Oleh : Jaafar Abdul Wahid


RAIKAN KEJAYAAN…Kelihatan Pengarah Pelajaran Sabah James ketika meraikan kejayaan kontenjen Sabah sejurus tiba di Lapangan Terbang Tarminal 2 Tanjung Aru  sekembalinya dari Karnival tersebut.

Kejayaan  Kontinjen Sabah menjadi Johan keseluruhan Karnvial Pendidikan Sains dan Teknologi (KASTEK) Peringkat Kebangsaan 2014 di Dewan Cahaya Bulan PCB Resort Kelantan baru baru ini, membuktikan pelajar dari negeri ini mampu bersaing seterusnya  meraih kecemerlangan di peringkat Nasional.


Sabah yang menghantar  lapan pasukan dalam lapan kategori yang dipertandingkan di karnival ini, iaitu Saintis Muda Sekolah Rendah, Saintis Muda Sekolah Menangah, Bercerita Sains, Solar Car, Solar Boat, Eureka RE & EE Beach House, Afficiency Energy Cooking dan Teknologi Pelancaran Roket , telah  memenangi dua ketegori iaitu Solar Car yang diwakili oleh SMK Bandaraya Kota Kinabalu  dan Eureka RE & EE Beach House  diwakili oleh Sk Lahad Datu II  memperolehi 2 emas dalam Karnival yang telah  menobatkan kontinjen Sabah Johan Keseluruahan pada Karnival (Kastek) ini.


TEKUN…Dua peserta dari  Sk Lahad Datu II yang menyertai ketegori  Eureka RE&EE Beach House  begitu tekun melaksanakan tugas mereka semasa carnival tersebut

Sekolah lain yang  mewakili Sabah dalam Karnival ini termasuklah SMK Sung Siew dalam ketegori (EEC dan Saintis Muda Sekolah Menangah), SMK Pingran Omar Sipitang (Solar
Car), SMK Tun Ahmad Shah Kota Kinabalu (Pelancar Roket) Sk Padang Berampah Sipitang (Saintis Muda Sekolah Rendah)  dan SK Kelanahan Papar (Bercerita Sains).


BUKTI KEJAYAAN…Piala Johan keseluruhan yang dimenangi oleh pasukan dari Sabah dalam carnival tersebut

Matlamat Karnival ini diadakan ialah  memberi kesedaran dan  minat di kalangan pelajar  pelajar terhadap bidang sains dan teknologi disamping  memberi ruang dan medan kepada pelajar-pelajar  untuk bersaing secara sihat  menerusi aktiviti aktiviti  yang dipertandingkan. Selain itu, karnival ini juga  mengiktiraf, menghargai pencapaian dan sumbangan pelajar-pelajar  dalam menghasilkan projek-projek inovasi ciptaan sendiri.


KERJA BERPASUKAN  Semangat juang yang tinggi dalam konsep kerja berpasukan yang ditunjukan oleh kontenjen Sabah semasa carnival tersebut

Pegawai Penyelaras Kontijen Sabah, Penolong Pengarah Kokum Akademik Sektor Pembangunan dan Kemanusian Jabatan Pelajaran Sabah,  Marina Nicholas ketika ditemui  berkata, kejayaan Kontijen Sabah dalam pertandingan sempana Karnival ini,merupakan antara kejayaan terbesar Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Negeri yang turut mengharumkan nama negeri Sabah di peringkat Kebangsaan.


TELITI..Pelajar dari SMK Bandarraya Kota Kinabalu ketika mempemirkan aktiviti Solar Car pada karnival tersebut

Katanya, kejayaan ini mencerminkan kejayaan semua pihak khususnya para peserta guru guru dan pegawai pegawai pengiring  yang menunjukkan semangat kerja berpasukan,komited dan para pesertanya  memiliki semangat juang yang tinggi sehingga Sabah mampu meraih johan keseluruhan dalam Karnival ini.

“ Kejayaan ini adalah hasil kerja secara kolektif  setiap entiti dalam pasukan yang menyertai karnival ini” katanya 

Sementara itu Pengarah Jabatan Pelajaran Sabah Datuk Jame Alip ketika ditemui selepas meraikan peserta yang mewakili Sabah dalam karnival ini berkata,  kejayaan kontijen  Sabah muncul sebagai Johan keseluruhan dalam Karnival (KASTEK) peringkat kebangsaan  kali ini merupakan satu pengiktirafan dan mampu menangkis tanggapan  yang pelajar dari  negeri ini tidak mampu bersaing dengan rakan rakan mereka dari seluruh negeri  dalam apa sahaja pertandingan baik dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum.

Jame berkata walaupun kebanyakkan pelajar  sekolah yang mewakili Sabah dalam karnival ini sebahagian ,datangnya dari  sekolah  kawasan luar Bandar yang masih belum memiliki kemudahan asas yang mencukupi, namun mereka memiliki semangat juang tinggi  untuk bersaing dan mencipta kejayaan yang membanggakan dan turut  mengharumkan negeri   khususnya Jabatan Pelajaran Sabah di pentas Nasional.

“Saya yakin kejayaan ini kerana pelajar (peserta) memiliki semangat juang yang tinggi dan Kontinjen  bekerja dalam satu pasukan  melaksanakan tugas dengan rasa penuh  tanggungjawab membimbing peserta sehingga mencapai kejayaan yang membanggakan semua pihak” katanya.

Menurut Jame lagi melalui aktiviti dalam karnvial seperti ini mampu mendidik pelajar berkreativiti, berfikir kreatif dan berinovasi  yang mendidik pelajar melaksanakan  aktiviti-aktiviti secara pritikal pratikal  berbanding hanya teori bagi menggalakkan kemahiran berfikir pelajar pada aras yang tinggi.

No comments:

Post a Comment