Saturday 8 November 2014

SEMAI SEMANGAT PATRIOTIK SEJAK PERINGKAT KANAK KANAK SURINAM





BERSEMANGAT …. Surinam bersama anak-anak tadika dan Ahli Jawatankuasa Pergerakan Wanita Umno bahagian Sipitang yang menjayakan program tersebut


Oleh : Jaafar Abdul Wahid 

BEAUFORT: Semangat patriotik dan jati diri yang utuh harus disemai di kalangan anak-anak seawal peringkat sekolah rendah lagi sebagai usaha untuk melahirkan generasi yang cintakan bangsa dan negara.


Ketua Pergerakan Wanita Umno bahagian Sipitang Datuk Surinam Haji Sadikon berkata, ini penting kerana dengan adanya kedua-dua elemen ini, ia boleh menjadi alat kawalan kendiri bagi setiap anak-anak agar tidak mudah terjebak dengan pelbagai eleman negetif yang boleh menjejaskan masa depan mereka sebagai pemimpin pelapis pada masa akan datang.


DIHARGAI…Surinam menerima cendera kenangan dari pengerusi penganjur selepas merasmikan program tersebut

“Sebagaimana yang kita tahu, generasi muda sekarang banyak berdepan dengan pelbagai cabaran terutama gejala sosial yang boleh meruntuhkan akhlak mereka.

“Justeru bila ada jati diri yang utuh, setiap anak-anak itu boleh berfikiran dengan baik sebelum melakukan sesuatu perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan pada diri, keluarga, bangsa dan juga negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika  berucap merasmikan program Bulan Kemerdekaan  anjuran Pergerakan Wanita Umno bahagian Sipitang di  Mini Dewan kampung Bintuka dekat sini  kemarin


TAHNIAH. Surinam ketika menyampaikan hadiah kepada salah seorang kanak-kanak yang menyertai pertandingan sempana program tersebut

Menurut Surinam yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita Parlimen Sipitang penarapan semangat patriotik tidak semestinya hanya dilakukan ketika negara menyembut bulan kemerdekaan sebaliknya semangat sayangkan negara perlu diterapkan secara berterusan melalui pelbagai program yang boleh membangitkan semangat patriotik kepada bangsa agama dan negara

 “ Kita perlu hakis prepapsi terutamanya di minda anak-anak semangat patriotik itu hanya berlaku ketika negara menyembut hari kemerdekaan,sebaliknya kita perlu mendidik semangat tersebut kekal dan berterusan” katanya   

Dalam pada itu menurut  Surinam objektif utama program ini dianjurkan adalah untuk menyemai semangat patriotik, jati diri, semangat setia kawan dan kerjasama berpasukan di kalangan murid-murid sekolah tadika dan sekolah rendah .

 “ Walaupun program ini pengisiannya agak sederhana seperti pertandingan melukis dan mewarna jalur gemilang ,namun ianya merupakan pendidikan awal untuk menyamai semangat patriotik di kalangan kanak-kanak mendidik mereka dengan satu semangat dan ketekunan melakar dan mewarna” katanya

Tambah Suriman program ini juga merupakan sebahagian daripada Strategi Pergerakan Wanita Umno bahagian Sipitang  terus melakanakan pelbagai program untuk rakyat yang tidak semestinya melibatkan orang dewasa sahaja sebaliknya boleh diperluaskan kepada murid sekolah.



No comments:

Post a Comment