Monday, 17 November 2014

LAPORAN POLIS KE ATAS FAHMI ZAINOL


OLEH: SHAIMON S JUMADI


Rozly dan Shariff (dua dan tiga dari kiri) bersama rombongan dari Pergerakan Pemuda, Wanita serta Puteri UMNO Libaran di luar Balai Polis Sandakan selepas membuat laporan



LIBARAN:  Seorang Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian Libaran meminta pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya menyiasat pemilik akaun Facebook atas nama Fahmi Zainol berhubung dengan kenyataan yang menghasut mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) agar menentang pentadbiran Universiti.


Rosly Aziz yang juga Pegawai Kemajuan Masyarakat di Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gum Gum telah membuat laporan polis pada petang Jumaat berhubung kenyataan tersebut yang beliau terbaca di laman Facebook atas nama Fahmi Zainol pada 9 Nov lalu.

Menurut beliau, kenyataan berkenaan secara terang-terangan telah menghasut mahasiswa UMS agar menentang pihak pentadbiran UMS dan tidak setuju dengan sistem pilihanraya kampus.

Saya bersama Pengerakan Pemuda UMNO Libaran, Wanita UMNO dan Puteri UMNO Libaran juga mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan yang dikeluarkan oleh Fahmi Zainol yang menghina pemimpin dan orang Sabah.

“Perkara ini tidak boleh dibiarkan sama sekali. Perilaku Fahmi yang  menghasut para pelajar UMS dan UITM memberi gambaran yang tidak baik kepada para pelajar berkenaan  mengenai pentadbiran UMS dan UITM itu sendiri,” katanya kepada Wartwan Sabahkini.Net sejurus selepas keluar dari Balai Polis.

Sementara itu, Setiausaha Pemuda UMNO Libaran Shariff Ismahafiz Abdul Rahman pula, membuat laporan polis pada hari yang sama berhubung kenyataan yang berunsur fitnah terhadap Ketua Menteri Sabah dan Ketua Pemuda UMNO Sabah.

“Pada 13 Nov 2014 jam lebih kurang 12.30 tengahari bertempat di pejabat Pemuda UMNO Libaran saya ada melayari laman Facebook atas nama Mohd Husnady Hussein yang telah membuat pelbagai kenyataan bergambar berunsur fitnah terhadap Ketua Menteri Sabah dan Ketua Pemuda UMNO Sabah” kata Shariff kepada media.

Shariff memberitahu bahawa beliau bersama Pergerakan Pemuda UMNO Libaran, Wanita UMNO Libaran dan Puteri UMNO Libaran membuat laporan Polis ini supaya pemilik akaun Facebook Mohd Husnaidy Hussein disiasat dan diambil tindakan oleh pihak Polis dan SKMM.


Katanya lagi, budaya buruk orang-orang semenanjung jangan pula dibawa  menyusup masuk ke Sabah yang bertujuan untuk merosakan para pelajar di negeri ini.

No comments:

Post a Comment