Monday 24 October 2011

732 SERTAI LARIAN 1 MALAYSIA 2011



BERTUAH....Azizah menyampaikan hadiah kepada peserta bertuah pada program Larian 1 Malaysia Festival Bagandang 2011 di Kompleks Sukan Beaufort, kelmarin.

Oleh : ABU BAKAR ESAH

SERAMAI 732 peserta menjayakan Larian 1 Malaysia bersama-sama Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Hajjah Azizah Mohd Dun dan ahli jawatankuasa Festival Bagandang 2011.

Turut serta Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Mohd Shaid Othman; Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran), Jufri Etok; Pegawai Belia dan Sukan (Persekutuan) Daerah Beaufort merangkap Pengerusi Penganjur Norman Ramlan dan Pegawai Belia dan Sukan Sabah Daerah Beaufort, Nordin Ismail.

Norman berkata larian yang bermula dan berakhir di Kompleks Sukan Beaufort itu merupakan progam khas yang diadakan sempena Festival Bagandang 2011.

Pada program itu peserta yang bertuah menerima pelbagai hadiah berupa barangan elektrik, alat elektronik dan telekomunikasi, hamper dan sebagainya.

Program itu turut dimeriahkan dengan senamrobik sebelum larian bermula dan persembahan Teakwando sebelum penyampaian hadiah tiket bertuah.

Azizah yang juga Adun Klias menyempurnakan upacara penyampaian hadiah kepada peserta yang bertuah.

No comments:

Post a Comment