Saturday 29 October 2011

SABAHKINI.NET ‘HOT WEB’ TERKENAL




Saudara Pengarang,

TERIMA KASIH atas masa yang diambil untuk membaca dan memberi komen anda di DisQus berhubung isu ‘Skandal Di Sebalik Salib Gereja’. Terima kasih kepada pihak SabahKini.net yang mengeluarkan ‘karya’ yang tidak seberapa itu memandangkan dasar SabahKini.net yang mengalu-alukan penulis siber di Sabah dan dikendalikan secara profesional tanpa batasan agama, politik dan etnik seperti kata editor pada ruangan PBS.

Apa yang ingin saya tegaskan di sini, penulisan tersebut bukanlah ingin menjatuhkan agama sesiapa, tetapi hanya ingin berkongsi maklumat dengan para pembaca mengenai apa yang berlaku di sekeliling. Amat melucukan membaca komen-komen pembaca yang kebanyakannya melatah kepanasan!

Rasanya saya tidak memburukkan agama Kristian anda. Saya hanya jijik melihat pelakon-pelakon ini yang mengabui mata orang ramai atas dasar GEREJA. Kenapa pula perlu membuat segala laporan? Macam ada yang tidak kena pula. Tidak lah perlu untuk memanjangkan isu ini kepada SKM, pihak tertentu dan salinan kepada beberapa Datuk, YB dan beberapa Menteri Persekutuan. Untuk apa wahai saudara? Ingin membuka lebih banyak pekung di dada?

Saya, Gwendolyn Nathan, memohon maaf sekiranya penulisan itu telah mengguris perasaan penganut agama Kristian khasnya di Sabah. Meskipun saya sendiri bukanlah penganut agama tersebut, tetapi saya kagum melihat semangat anda semua! Tetapi mengapa perlu melindungi orang yang 'merosakkan' nama baik agama Kristian?

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan syabas kepada pihak gereja tersebut yang telah mengambil langkah bijak dalam menangani isu ini. Saya difahamkan pelakon-pelakon ini telah dipanggil menghadap pihak pentadbir gereja tidak lama karya ini disiarkan pada hari ini juga!

Hebat juga penangan SabahKini.net. Aduan lama tidak diendahkan, masuk 'hot web' baru tergadah! Saya amat berharap agar ‘peristiwa’ ini menjadi suatu pengajaran kepada mereka yang terlibat. Dengar khabar ada seperti cacing kepanasan seketika selepas membaca karya tersebut!

Mengapa wahai saudara? Adakah saudara yang dimaksudkan itu? Tepuk dada, tanya selera.

Wahai pembaca yang amat saya hormati, ingin saya bertanya adakah penulisan saya itu menyebut nama gereja, individu, aliran Kristian mana? Tidakkah anda terfikir kenapa dan dari mana saya mendapat sumber info menyiapkan karya ini untuk disiarkan?

Tidak perlu terpekik terlolong dengan karya tersebut. Jika benar ia tidak terjadi pada diri anda sendiri? Anjing menyalak bersebab, anda terlolong mengapa?

Saya rasa cukup di sini untuk isu Skandal Di Sebalik Salib Gereja. Terima kasih atas segala perhatian anda! Nantikan karya lagi hebat dari saya untuk menceriakan hari-hari mendatang!

Salam Hormat dan penuh kemaafan! Mohon jasa baik Saudara Pengarang agar menukarkan gambar yang digunakan sebelum ini

GWENDOLYN NATHAN

(NOTA : Grafik yang disiarkan tidak mencemarkan mana-mana agama dan hanya kreativiti Unit Grafik Sabahkini.net setelah mengambil kira semua aspek dan tidak perlu diganti).

No comments:

Post a Comment