Sunday, 30 October 2011

JALAN KG KAURAN 'KOYAK-RABAK'



Saudara Pengarang,

SEBAGAI seorang pengguna jalan raya, saya risau dengan keselamatan pengguna jalan raya yang menggunakan jalan raya utama dari Hospital Keningau ke Kg.Kauran, Keningau yang masih belum siap sepenuhnya sejak tahun lalu.

Jalan raya yang baru ditar dibuka semula, lepas tu ditar semula. Tetapi tidak lama kemudian dikorek semula, terutama jalan utama Hospital Besar ke Kg.Tuarid Liawan. Lubang-lubang yang telah dikorek semula belum pun ditar dan sangat membahayakan pengguna jalan di waktu malam.

Belum siap di bahagian ini, jalan menuju ke Kg.Kauran pula 'koyak-rabak'. Seawal-awal jam 6.00 pagi sehingga selewat-lewat jam 7.00 petang, jalan raya ini menjadi masalah utama pengguna jalan raya. Apatah lagi sekiranya lampu isyarat tidak berfungsi!

Mohon pihak JKR Keningau agar menggesa pihak yang kontraktor agar menyudahkan kerja-kerja pembaikan ini dengan mengutamakan keselematan pengguna. Sekian!

Salam Hormat,

LYNN

No comments:

Post a Comment