Wednesday, 26 October 2011

PKR YAKIN TAWAN BATU SAPI



Oleh : HAFIZ JAMAIL

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) akan menentang calon BN secara habis-habisan pada pilihanraya umum akan datang terutama di Parlimen Batu Sapi, DUN Sekong dan DUN Karamunting kerana rakyat di kawasan berkenaan mahukan perubahan dan kawasan tersebut milik PKR.

Timbalan Ketua Cabang PKR Batu Sapi, Zainuddin Hassan ketika menghubungi Sabahkini.net berkata, daripada tinjauan dan pemantauan berterusan selepas pilihanraya kecil parlimen Batu Sapi Oktober tahun lalu, rakyat di Batu Sapi mula muak kerana belum ada satupun janji pilihanraya kecil ditunaikan.

“Ahli Parlimen Batu Sapi, Datin Linda Tsen, hanya tahu menangis dan tidak melakukan apa-apa ketika diminta menunaikan janji pilihanraya, terutama yang dibuat secara terbuka oleh pemimpin BN yang menjadi penipu besar pada pilihanraya kecil berkenaan,” kata Zainuddin yang menggelarkan Linda sebagai ‘Pemimpin Air Mata’.

Sehubungan itu, kata Zainuddin, pihaknya dan Pakatan Rakyat yakin akan dapat menawan kerusi Parlimen Batu Sapi, DUN Sekong dan DUN Karamunting kerana mempunyai calon berwibawa bagi menumpaskan Calon Air Mata dan Calon Pinnochio (berbohong) Barisan Nasional.

Dalam pada itu, sebentar tadi Zainuddin telah mengadakan ‘Jejak Pilihanraya’ bagi meninjau masalah pengundi di Batu Sapi di samping menyampaikan bantuan kepada 30 ibu tunggal untuk mengurangkan beban hidup mereka yang menderita di bawah pemerintahan BN.

“Kita yakin PKR tidak akan melakukan kesilapan lagi dengan meletakkan calon tempatan kerana sentimen pengundi wajar dihormati,” kata Zainuddin yang memaklumkan ‘Sindrom Janji Kosong’ telah menakutkan pengundi Batu Sapi, sekaligus memberikan kelebihan kepada PKR dan Pakatan Rakyat.

No comments:

Post a Comment