Oleh : ABDUL BAKAR ESAH
PERSATUAN Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Daerah Kecil Matunggong dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Mompilis akan menganjurkan program DAMAI pada 28 Oktober ini.
Pengerusi penganjur merangkap Timbalan Pengerusi KRT Kg Mompilis, Mojingkin Mongingkal berkata program itu dijangka akan dirasmikan Ahli Dewan Negara, Senator Maijol Mahap yang juga Ketua Bahagian UPKO Kota Marudu.
Beliau berkata antara pengisian program itu ialah sesi ceramah bertajuk Belia Bebas Dadah oleh Loson Rumikat dari Pemadan Daerah Kecil Matunggong dan Kesan Dan Bahaya Penyalahgunaan Dadah dari Jabatan Kesihatan Kudat.
Sehubungan itu saya menjemput dan mengalu-alukan kehadiran Ketua-ketua kampung, Pengerusi dan jawatankuasa JKKK, ketua-ketua cawangan parti komponen BN sekitar Daerah Kecil Matunggong dan orang ramai untuk menyertai program itu,” katanya sambil menambah peserta yang mengikuti sesi ceramah akan menerima sijil dan risalah percuma.
Mojingkin berkata, bagi memeriahkan program itu, pihak penganjur turut mengadakan pertandingan sepak takraw yang menyediakan beberapa hadiah menarik.
No comments:
Post a Comment