Tuesday, 25 October 2011

SIAPA PANDU MITSHUBISHI, RAMONA ATAU RIZAL?


Oleh : MUTALIB M.D

ESOK, 26 Oktober 2011 adalah hari terakhir tahanan reman Inspektor Ahmad Rizal Omar (ARO) yang ditahan polis kerana dituduh membunuh dengan kejam kekasih gelapnya, Kartini Binti Borhan pada 28 September lalu. Belum ada kepastian apa yang akan berlaku selepas ini.

Namun mengikut siasatan Sabahkini.net, pada 29 November 2011, kakak mangsa, Hasnizah dan adik bongsunya, Sulastrie telah dipanggil ke Balai Polis Keningau sehingga jam 3 pagi untuk direkod kenyataan mereka oleh Pegawai Kanan Polis Wanita yang bernama Cif Inspektor Ramona Albert.

Namun amat menghairankan, kenapa laporan tersebut tiada di Balai Polis Keningau sehingga kakak dan adik mangsa telah dipanggil semula untuk memberi kenyataan yang sama buat kali kedua pada 21 Oktober 2011. Ke mana kenyataan yang diambil Ramona pada 29 September 2011?

Ramona bertanya Hasnizah tentang hubungan mangsa dengan ARO, terutama sama ada benar ARO pernah memberitahu mangsa bahawa dia mahu pulang ke Semenanjung Malaysia untuk menguruskan penceraian dengan isterinya kerana ingin mengahwini mangsa dan kali terakhir ARO mengunjungi rumah bapa mangsa pada hari raya aidil fitri lalu.

Ramai saksi, terutama Jururawat dan Pengawal Keselamatan Hospital Keningau telah mengesahkan bahawa pada 29 September 2011, mereka Nampak Ramona yang memandu kereta Mitsubishi hitam milik ARO dari rumah mangsa ke Hospital Keningau bersama ARO kerana ARO cedera ketika itu.

Menurut ahli keluarga mangsa, berdasarkan kenyataan saksi, mereka yakin bahawa Ramona turut bersubahat dengan ARO melupuskan bukti bagi menyelamatkan ARO termasuk baju yang dipakai mangsa, pisau yang digunakan untuk membunuh, memotong kuku mangsa dan sebagainya.

”Hanya Ramona tahu di mana tempat persinggahan mereka untuk membersihkan jenazah arwah Kartini, tetapi berpura-pura menyiasat sedangkan beliau adalah tersangka yang berselindung di sebalik uniform dan jawatannya,” ujar keluarga mangsa yang meminta agar namanya dirahsiakan.

Untuk rekod, Ramona Albert telah dilantik sebagai Ketua CID Keningau bagi menggantikan ASP Bong Kuet Khiun yang dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Pentadbir Polis Daerah Lahad Datu pada Julai 2009.

Dalam pada itu, menurut laporan media arus perdana sebelum ini, seorang inspektor polis yang mendakwa ditikam bertubi-tubi ketika cuba ‘menyelamatkan’ kenalan wanitanya yang kemudian mati dibunuh dalam kejadian di Taman Andika di sini, 28 September lalu, direman bagi membantu siasatan selepas dipercayai menjadi suspek utama kes berkenaan.

Pegawai berusia 29 tahun yang belum pulih daripada kecederaan akibat kejadian itu dilihat berjalan menggunakan tongkat diiringi beberapa anggota polis selepas Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Zaini Fishir @ Fisal, memerintahkan dia direman bagi membantu siasatan.

Penahanan pegawai terbabit memang mengejutkan kerana sebelum ini pelbagai pihak mahu pihak berkuasa menyiasat kejadian itu dengan lebih telus selepas wujud pelbagai spekulasi mengenai pembunuhan kejam mangsa, Kartini Borhan, 27.

Suspek ditahan jam 11 pagi di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau, sebelum dibawa ke Mahkamah Majistret di sini, bagi mendapatkan perintah tahanan reman.

Pegawai terbabit disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh dengan niat yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Difahamkan, pada hari kejadian, pegawai polis berkenaan menghubungi dua anggotanya di Balai Polis Keningau, jam 5 pagi untuk meminta bantuan.

Inspektor berkenaan yang berada dalam keadaan berlumuran darah di dalam keretanya mendakwa meminta bantuan anggota polis berkenaan menyelamatkan seorang wanita yang cedera dirompak.

Suspek kemudian mengarahkan kedua-dua anggota itu menaiki keretanya lalu berkejar ke tempat kejadian di Taman Andika, 800 meter dari IPD Keningau.

Sebaik tiba di tempat kejadian, anggota polis itu mendapati pintu pagar dan rumah berkenaan terbuka, manakala seorang wanita terbaring berlumuran darah di ruang tamu.

Anggota berkenaan terus mengangkat wanita terbabit ke dalam kereta milik suspek lalu menghantarnya ke Hospital Keningau, namun disahkan sudah meninggal dunia.

Harian Metro pada 30 September lalu melaporkan, pegawai polis terbabit mendakwa membantu kenalan wanita selepas rumah didiami mangsa dimasuki perompak.

Dalam kejadian jam 4.40 pagi, ‘suspek’ berusia 30-an melarikan diri selepas mendapati mangsa tidak bergerak lagi, manakala pegawai polis berusia 29 tahun parah di kaki, bahu dan belakang tubuhnya.

Difahamkan, pegawai polis itu menerima panggilan telefon daripada mangsa yang meminta bantuan apabila mendapati pintu rumahnya diumpil suspek.

Berikutan itu, pegawai polis berkenaan bergegas ke rumah kenalannya itu dan sebaik tiba, dia mendapati pintu rumah mangsa sudah terbuka luas.

Sebaik memasuki rumah terbabit, dia mendapati mangsa sedang bergelut dengan seorang lelaki tidak dikenali yang turut memegang sebilah pisau.

Dalam keadaan kelam-kabut, pegawai polis berkenaan cuba membantu, namun turut ditikam beberapa kali.

Selepas mencederakan pegawai polis terbabit, suspek dilihat menikam wanita berkenaan sehingga mati lalu melarikan diri.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib mengesahkan penahanan itu dan menyatakan tiada layanan istimewa diberikan walaupun suspek adalah seorang pegawai polis.

No comments:

Post a Comment