KERUSI RODA…Kamarlin bersama Rohani dan rombongan ketika menyerahkan sumbangan kerusi roda kepada Siah bagi mengantikan kerusi roda lama yang digunakanya sebelum ini.
Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID
KEPERITAN hidup sepasang suami isteri, Shuib Hashim yang menghidap sakit penyakit buah pinggang dan dan isterinya, Siah Dollah yang menghidap penyakit kencing manis di Batu 6, Lumadan, Beaufort mendapat perhatian dari Wakil Rakyat Lumadan, Kamarlin Haji Ombi .
Beliau yang melakukan lawatan ke kediaman pasangan berkenaan turut disertai oleh Pegawai Jabatan Kebajikan Daerah, Rokiah Salleh; Pemimpin Kemajuan Rakyat Lumadan, Ahmad Haji Momen dan Pegawai Kemajuan Masyarakat Lumadan.
Pada kunjungan tersebut, Kamarlin turut menyerahkan sumbangan kerusi roda kepada Siah di samping bantuan kewangan dan juga keperluan harian kepada pasangan tersebut.
Kamarlin yang juga Timbalan Ketua Umno bahagian Sipitang semasa lawatan tersebut memberikan jaminan keluarga tersebut akan terus dibantu kerana masalah dihadapi oleh keluarga berkenaaan telah dibawa ke pengetahuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan bantuan sewajarnya telahpun disalurkan kepada pasangan ini.
SUMBANGAN…Kelihatan Kamarlin bersama rombongan dari Jabatan Kebajikan dan Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat Lumadan menyampaikan sumbangan barangan makanan kepada keluarga Sani Lutin yang terbakar rumahnya di kampung Mentulud, Beaufort.
“Kita berharap bantuan yang diberikan ini, dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung mereka yang sudah tidak mampu berkerja. Justeru itu, saya berharap agar ada pihak lain termasuk sektor sawsta dan korporat tampil menghulurkan bantuan yang serupa,” jelas Kamarlin.
Sebelum itu Kamarlin bersama rombongan turut mengadakan lawatan ke kampung Mentulud bagi menemui keluarga Sani Bin Lutin yang rumah mereka terlibat dalam kebakaran rumah, minggu lepas.
Selain menyampaikan sumbangan peribadi beliau Kamarlin juga turut menyampaikan sumbangan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat berupa barangan keperluan harian bagi meringankan beban mangsa kebakaran kerana keseluruhan rumah mereka terbakar tanpa dapat menyelamatkan harta benda disebabkan semasa kejadian beliau bersama keluarga berada di Pekan Beaufort.
Menurut Kamarlin, Jabatan Kebajikan Masyarakat sedang meneliti keperluan bagi membantu mangsa mendirikan rumah baru dan jika ada keperluan tambahan beliau selaku wakil rakyat di kawasan tersebut juga akan turut membantu.
No comments:
Post a Comment