SARAN....Au menyarankan ibubapa memainkan peranan penting mendidik anak-anak mereka dalam menjaga kebersihan.
Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI
ADUN Elopura, Au Kam Wah menggesa agar penduduk Elopura memupuk kesedaran di kalangan mereka untuk menjaga kebersihan alam sekitar dan perlu dipertingkatkan demi menjamin kesejahteraan masyarakat sekeliling bagi menikmati kehidupan yang lebih selesa.
Sikap sesetengah masyarakat yang sambil lewa dan suka membuang sampah di merata tempat tanpa memperdulikan implikasi dan risikonya, kata Au adalah satu tabiat buruk yang harus dikikis dan wajib dihentikan segera.
“Sebagai ibubapa, kita perlu mengasuh dan mendidik anak-anak mereka sejak dari kecil lagi tentang penjagaan kebersihan supaya bila mereka dewasa ini mereka mempunyai sikap bertanggungjawab terhadap penjagaan kebersihan sudah tersemat dihati sanubari mereka.
Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Elopura Au Kam Wah berkata demikian ketika berucap melancarkan program Gotong Royong ‘I Love Elopura’ di perumahan Taman Mesra, pagi kelmarin.
Katanya, melalui program sebegini ia menjurus kepada mewujudkan serta memupuk semangat kerjasama yang erat di kalangan penduduk setempat.
Bercakap pasal sampah sarap, Au menjelaskan sampah adalah punca masalah kepada penduduk sekiranya tidak urus dengan betul Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) menyediakan tong-tong sampah di beberapa tempat, tetapi tindakan segelintir mereka membuang di merata tempat menyebabkan pengurusan sampah sarap menjadi semakin sukar.
Katanya lagi, perumahan Taman Mesra paling istimewa kerana MPS melakukan pungutan sampah empat kali seminggu, berbanding dengan taman-taman perumahan yang lain hanya tiga kali seminggu.
“Bagaimanapun kita kecewa kerana masih terdapat segelintir penghuni di beberapa blok bangunan yang masih mengamalkan budaya yang kurang sihat dan gemar membuang sampah sukahati dari atas rumah sehingga mendatangkan kesan buruk terhadap alam sekitar,” tegasnya.
Au mengingatkan semua Ketua Blok agar dapat memainkan peranan penting menasihat para penghuni blok masing-masing agar melarang anak-anak mereka supaya tidak membuang sampah dari atas rumah.
Program yang diadakan di hadapan Bangunan Blok 21, Taman Mesra bermula dari jam 8.00 pagi telah dihadiri lebih daripada 500 penduduk termasuk Ketua Bahagian UMNO Sandakan Tan Sri Hj Ampong Puyon; Ketua Usia Bahagian Sandakan merangkap Ketua UMNO Zon Elopura Datuk Haji Alipudin Puyon; Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) Chan Tzun Hei; Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) Mohd Hj Utung; Pemaju Mukim Kawasan Elopura, Ketua-Ketua Blok dan Pegawai Unit Kesihatan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) Mansur Hj Sakarwi.
No comments:
Post a Comment