Monday 17 October 2011

ANWAR JADIKAN PKR SABAH ‘BONEKA SEKS’?



Oleh : BRUTUS PKR

PERLANTIKAN Thamrin Haji Jaini sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Sabah bagi kali kedua menunjukkan Ketua Umum PKR, Dato Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PKR, Datin Wan Azizah Wan Ismail menjadikan rakyat Sabah sebagai ‘Boneka Seks’ yang boleh dibuat sesuka hati.

Sebagai salah seorang Ketua Cabang yang menghadiri Mesyuarat Penting Pimpinan Negeri (MPN) pada 6 Oktober lalu yang bermula dari jam 5.00 petang hingga jam 9.15 malam; dan dipengerusikan oleh Dr Syed Hussin Ali dan dibantu Tian Chua, yang mewakili Presiden; saya kesal kerana Ketua Umum dan Presiden PKR tidak langsung menghormati keputusan yang dibuat oleh Ketua Cabang PKR Sabah.

Agenda utama Mesyuarat MPN pada 6 Oktober, selain memperkukuhkan persediaan persiapan Pilihanraya Umum Ke-13 dan membincangkan pembahagian kerusi Pakatan Rakyat yang kononnya belum selesai perundingan; namun mesyuarat tersebut juga diadakan bagi memungut suara Ketua Cabang untuk mencadangkan pemilihan Pengerusi MPN yang baru.

Semasa pungutan suara dijalankan, Mantan Pengerusi MPN, Haji Ansari Abdullah telah mendapat undi melebihi dua pertiga iaitu 18 daripada 19 cabang yang menghadiri Mesyuarat MPN; manakala seorang lagi Mantan Pengerusi MPN, Ahmad Thamrin Haji Jaini hanya mendapat satu undi daripada Ansari yang mencadangkan beliau.

Namun oleh kerana Haji Ansari lebih sayangkan rakyat Sabah dan bukan mudah untuk diarah, sekalipun beliau sekutu rapat Anwar; maka Pucuk Pimpinan Pusat termasuk Presiden dan Anwar telah memutar belitkan janji autonomi kepada pimpinan Sabah dengan melantik Ahmad Thamrin Hj Jaini sebagai Pengerusi Pimpinan Negeri Sabah, walaupun Thamrin sendiri telah menyokong Hj Ansari.

Wayang yang dimainkan Anwar dan Isterinya, sama seperti UMNO. Jika inilah pendirian PKR, maka janganlah mimpi mereka mendapat walau satu kerusi di Sabah, apatah lagi mahu menawan negeri Sabah dan menubuhkan Kerajaan Persekutuan.

Mengatakan UMNO tidak demokrasi tetapi sebaliknya PKR lebih dasyhat daripada UMNO kerana belum pun memerintah Malaysia, mereka telah memperbodohkan Ketua Cabang PKR di Sabah yang diberi amanah oleh ahli akar umbi.

Oleh itu tidak hairan jika dapat waktu yang terdekat, sembilan Ketua Cabang PKR, terutama yang mewakili Masyarakat KDM (Kadazandusunmurut) akan mengikuti jejak langkah bijaksana Mantan Pengerusi MPN Sabah, Ustaz Pajuddin Nordin menyertai UMNO dan parti komponen BN.

Persoalannya masih relevankah perjuangan PKR di Sabah jika pucuk pimpinan PKR membuat janji seperti ‘Pelacur’ yang bersumpah setia kepada kekasih, tetapi membenarkan diri dilanggani orang lain, semata-mata kerana kerjayanya sebagai Pelacur!

Tetapi kami Ketua Cabang di Sabah bukanlah ‘Pelacur’ yang boleh ditawarkan dengan wang ringgit atau kemewahan kerana kami perlukan autonomi dan penghormatan sebagai pemimpin dan bukannya sebagai ‘Boneka Seks’ yang boleh dibuat sesuka hati kerana kami mempunyai harga diri dan perasaan.

(NOTA : Nama sebenar Ketua Cabang ini terpaksa dirahsiakan atas permintaan beliau kerana bimbang menjadi mangsa cantasan politik).

No comments:

Post a Comment