Tuesday 25 October 2011

AUDIT TEGUR BELANJA MELEBIHI PERUNTUKAN


Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dikeluarkan hari ini antara lain mendapati beberapa kementerian dan jabatan membelanjakan peruntukan untuk belanja mengurus melebihi jumlah yang ditetapkan.

Menurut laporan berkenaan, peruntukan muktamad bagi perbelanjaan mengurus bagi 2010 ialah RM149.06 bilion, bertambah sebanyak RM10.78 bilion dari jumlah asal RM138.28 bilion.

Bagaimanapun jelasnya, tambahan peruntukan ini masih belum mencukupi untuk menampung perbelanjaan berjumlah RM151.63 bilion, iaitu melebihi RM2.57 bilion daripada jumlah yang diperuntukkan.

Laporan yang dikeluarkan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang itu berkata, mengikut peraturan kewangan, sesuatu perbelanjaan hanya boleh dilakukan jika peruntukan kewangan yang diluluskan mencukupi.

No comments:

Post a Comment