Wednesday 5 October 2011

HAMBUR WANG PETANDA PRU13 SEMAKIN DEKAT?



PRIHATIN….. Kapitan Ng di tengah sekali bersama para penerima sumbangan.

Oleh: JACKSON LU

SERAMAI 31 orang warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) diraikan dalam satu majlis ringkas disamping menerima sumbangan ‘Angpow Merdeka’ daripada Parti Liberal Demokratik (LDP) Tenom.

Demikian dinyatakan Ketua Bahagian LDP Tenom, Kapitan Ng Tet Hau bahawa, sumbangan tersebut sebagai menghargai sokongan mereka terhadap kecemerlangan kerajaan selama 48 tahun pembentukan Malaysia di Sabah, Sarawak dan Semenanjong Malaysia.

“Kita patut bangga kerana selama 48 tahun membentuk Malaysia rakyat hidup dalam keadaan aman dan makmur. Pembangunan banyak (Jadi), memanglah kerajaan Barisan Nasional (BN) kenang budi rakyat,” katanya ketika memberitahu Sabahkini.net.

Menurut Ng, sumbangan yang diberikan sekadar membolehkan mereka membeli baju atau makanan supaya dalam kehangatan bulan kemerdekaan dapat rayakan bersama sama rakan yang lain.

Ng yang juga Ahli Majlis Tertinggi (AMT) LDP Pusat turut menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa kegiatan mereka sejak akhir-akhir ini khususnya parti-parti dalam gagasan BN dilihat sering mendekati rakyat yang seolah-olah memberi isyarat bahawa pilihanraya umum kali ke-13 sudah dekat, adalah tidak benar.

Tambahnya, mendekati dan bermesra dengan rakyat merupakan budaya BN yang telah wujud sejak dahulu lagi, sebaliknya ibukan perkara baru atau sengaja dilakukan kerana sesuatu pilihanraya umum sudah hampir.

Bagaimana pun setelah ditanya lanjut sumber kewangan LDP itu diperolehi Kapitan Ng berkata, “Ini wang bukan dari kita LDP, tetapi daripada BN. LDP sekadar diberi tugas untuk melaksanakan pemberian itu,” tegasnya.

No comments:

Post a Comment