Wednesday 26 October 2011

JANGAN BIADAP TERHADAP RAKAN KOMPONEN


Oleh : SHAIMON S JUMADI

KETUA UMNO Cawangan Jalan Panglima Adam, Sandakan, Jaafar Mustapha menyelar segelintir pemimpin-pemimpin UMNO di Sabah ini suka mencari pasal sesama parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) sehingga menimbulkan ketegangan yang boleh membawa perpecahan di dalam kelompok Barisan Nasional sendiri, terutama yang menghentam Parti GERAKAN secara terbuka.

Jaafar menyifatkan lambang bukan asas untuk menjamin kemenangan pada parti 100%, tetapi faktor utama ialah calon (Individu) yang berjiwa rakyat dan disegani rakyat yang merupakan aset kemenangan sesebuah parti.

Sikap suka tegur-menegur atau memberi pandangan terbuka secara peribadi atau berkumpulan, adalah sikap tidak menghormati dan boleh menyinggung perasaan hati rakan dalam komponan seperjuangan.

Jaafar berkata, ahli Komponen BN seharusnya berhati-hati ketika mengeluarkan sebarang kenyataan di dada akhbar atau media alternatif kerana akan menjadi punca kekalahan BN semata-mata kerana pendedahan rahsia dalaman parti dan menyebabkan keruntuhan perpaduan di antara parti komponen.

“Sebagai Ahli UMNO, saya benar-benar terkilan terhadap kenyataan Datuk Gapur dan Datuk Lajim dalam media termasuk Sabahkini.net yang menyatakan bahawa parti GERAKAN tidak boleh bertanding dan harus memberi fokus sepenuhnya di Semenanjung terutama Pulau Pinang.”

Kenyataan seumpama ini, kata Jaafar, langsung tidak boleh diterima pakai oleh parti Komponen BN kerana seolah-olah GERAKAN tidak boleh menjamin kemenangan BN di Sabah; sedangkan tidak ada satu parti pun yang kuat tanpa sokongan ahli parti komponen.

“Kita sewajarnya duduk bersama, berdialog hal pembelaan rakyat di kawasan DUN dan Parlimen sebelum boleh mencadangkan mana-mana parti bertanding di kawasan terpilih kerana semua keputusan akan dibuat secara kolektif antara Pengerusi BN Sabah sebelum mendapat restu Perdana Menteri,” kara Jaafar yang melihat pandangan Ghapur dan Lajim lebih bercorak peribadi dan bukannya atas dasar parti.

Satu perkara lagi kata Jaafar, isu yang membuat rakyat benci dan meluat dengan BN ialah apabila ada segelintir pemimpin UMNO di peringkat bahagian sering cabar-mencabar parti komponan BN seperti parti LDP, UPKO dan PBRS agar mereka keluar dari BN sekiranya tidak suka dengan Dasar BN.

”Mereka langsung tidak bermoral apabila mencabar parti-parti kecil BN yang hanya ada dua tiga kerusi. Jadi saya mencabar Datuk Ghapur dan Datuk Lajim agar berani mencabar PBS keluar daripada BN,” kata Jaafar yang kengkel dengan sikap pemimpin UMNO yang suka membuli rakan seperjuangan.

Jika PBS keluar dari BN, kabinet Sabah akan hancur dan kucar kacir jadinya, maka kata Jaafar, para pemimpin UMNO jangan berlagak sombong dan bongkak; sebaliknya menghormati konsep perkongsian kuasa.

Semua perbuatan biadap pemimpin dan ahli-ahli UMNO terhadap rakan dalam BN, kata Jaafar, akan menjadi bahan ejekan parti pembangkang dan dijadikan modal kempen mereka untuk meraih undi ahli yang kecewa.

No comments:

Post a Comment