Friday 28 October 2011

KOPERASI SASAR PEROLEHAN RM10 BILION



LANCAR…..Lajim diiringi oleh John, Umar Sarim, Isnin dan Kimjus menarik tirai baner sebagai simbol pelancaran Majlis Perundingan Koperasi Parlimen Beaufort pada majlis tersebut.

Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID

PEMIMPIN-PEMIMPIN masyarakat setempat perlu bekerjasama dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) agar matlamat untuk menggerakkan masyarakat berkoperasi di kawasan masing-masing dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Koperasi sebagai penyumbang berkesan kepada pembangunan ekonomi masyarakat dan negara.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pelancaran Majlis Perundingan Koperasi Peringkat Parlimen Beaufort dan Seminar Tranformasi Tadbir Urus Koperasi di Beaufort.

Hadir sama Wakil Rakyat Kuala Penyu John Teo Mau Sing, Wakil Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Sabah Umar Sarim Saidin; Penolong Pegawai Daerah Beaufort Jupry Etok; Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Perindustarian Isnin Haji Aliasnih dan Naib Ketua Umno Bahagian Beaufort Datuk Kimjus Duim

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort pewujudan Majlis Perundingan Koperasi Parlimen merupakan salah satu mekanisma untuk mendapatkan maklumbalas isu-isu semasa koperasi serta melaksanakan program pembangunan kpperasi di sesuatu kawasan parlimen.

Katanya, ini hanya dapat dilaksanakan dengan adanya kerjasama daripada pemimpin setempat termasuk ahli-ahli koperasi.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Perundingan Koperasi Parlimen Beaufort berkata, usaha memantapkan serta memperkasakan lagi kekuatan gerakan koperasi perlu dilipatgandakan.

“Ini penting bagi mencapai sasaran meningkatkan bilangan koperasi kepada 10,000 buah menjelang 2013 dengan perolehan RM10 bilion serta menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 10 peratus pada tahun 2020,” katanya.

Mengenai Gerakan Koperasi di Beaufort, beliau mahu bilangan koperasi ditambah yang ketika ni hanya berjumlah 67 buah dengan keahlian 14,000 orang.

Beliau turut mengingatkan pemimpin dan anggota Koperasi sentiasa bersama-sama bertangungjawab untuk mencapai kejayayaan dan tidak hanya bergantung kepada kerajaan semata-mata.

Lebih 100 orang anggota koperasi menyertai Seminar tersebut yang diadakan bagi memberi pendedahan dan pengetahuan koperasi, faedah dan tadbir urus koperasi serta hala tuju gerkaan koperasi.

No comments:

Post a Comment