Wednesday 12 October 2011

LPKP BEKU PERMIT TEKSI DAN BAS



TEMUBUAL...Wartawan Sabahkini.Net menemu bual Ketua Cawangan LPKP, Ismail Damit mengenai pembekuan permit teksi.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI

LEMBAGA Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) di negeri Sabah telah membekukan permohonan permit Teksi dan Bas Mini sejak tahun 2005 lagi dan tidak lagi menerima mana-mana permohonan baru yang datangnya daripada pemohon di seluruh pelusuk daerah, termasuk Sandakan.

Sejumlah 650 buah permit teksi yang sedia ada di Sandakan, sama ada milik bumiputera dan bukan bumiputera telah melebihi keperluan pengangkutan awam.

Sementara itu, memandangkan sudah terdapat lebih 800 permit bas mini dan bas berhenti-henti di Sandakan, maka Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) turut membekukan permohonan permit berkenaan.

Ketua Cawangan LPKP cawangan Sandakan, Ismail Damit menjelaskan, hanya bas sekolah saja masih dikeluarkan permit sekalipun 300 permit bas sekolah dan 30 permit bas pekerja terlah dikeluarkan; tetapi bas tempahan khas (Charter) masih dilonggarkan dan mereka masih dibolehkan memohon mengikut syarat yang ditetapkan LPKP.

MENGANGGUR....Banyak teksi menganggur kerana kekurangan penumpang.

Ditanya mengenai kegiatan kereta sapu yang kian hari kian berleluasa di daerah Sandakan, Ismail menjelaskan isu ini bukan di bawah bidang kuasa LPKP, sebaliknya di bawah jurisdiksi Polis Trafik dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mengambil tindakan.

Dalam tinjauan rambang Sabahkini.Net ke beberapa lokasi, khususnya di tempat perhentian teksi di Bandar Kim Fung, sempat menemui bebarapa orang pengusaha teksi yang meminta agar nama mereka tidak disiarkan; memuji dan menyokong langkah LPKP membekukan permohonan permit baru.

Kata mereka lagi, dengan jumlah 650 teksi yang ada di daerah Sandakan, sukar untuk mencari pendapatan lebih kerana saingan begitu sengit, setelah berjam-jam menunggu dan terpaksa mengikut giliran.

3 comments:

  1. Disamping bantuan kereta sapu yg kian bertambah semakin menambah cukupkan lagi bilangan pengangkutan awam disandakan..tahniah

    ReplyDelete
  2. LPKP tiada perancangan dan x meneliti bandar sandakan tu besar or tak!
    Bayangkn 650 teksi parking kat bandar or separuh. Mesti jem gila kan? Haha bodoh

    ReplyDelete
  3. LPKP tiada perancangan dan x meneliti bandar sandakan tu besar or tak!
    Bayangkn 650 teksi parking kat bandar or separuh. Mesti jem gila kan? Haha bodoh

    ReplyDelete