Wednesday 19 October 2011

MUSA SOKONG FORMULA PM AGEH KERUSI



KETUA MENTERI Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman menyambut baik dan menyokong penuh langkah yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai penyelarasan kepada formula pembahagian kerusi pilihan raya bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Sambil menyifatkannya sebagai keputusan tepat dan langkah yang dinamik, sesuai dengan senario dan cabaran politik semasa negara, beliau berkata, ianya merupakan satu cara terbaik bagi komponen BN untuk membincangkan pengagehan kerusi.

“Inilah tradisi dan budaya politik kita dalam BN yang sentiasa mengutamakan mua- fakat, kerjasama dan persefahaman bagi memperkukuh- kan kekuatan dan perpaduan kita untuk terus membela nasib rakyat dan menjadikan BN terus relevan sebagai pilihan yang terbaik untuk rakyat dan negara,” katanya .

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas mempengerusi- kan mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) dan Pembasmian Kemiskinan Peringkat Negeri di Wisma Innoprise di Kota Kinabalu, kelmarin.

Beliau yang juga Pengerusi BN Negeri berkata demikian sebagai reaksi terhadap kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin bahawa BN akan memulakan proses pelarasan kepada formula pembahagian kerusi pilihan raya yang kini digunapakai bagi menghadapi PRU akan datang.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata, pelarasan itu perlu untuk menyesuaikan dengan keadaan setempat sama ada telah berlaku perubahan politik dinamik.

“Formula pembahagian kerusi dibuat pada 2004 dan dipakai pada 2008, PRU ini kita kena tengok sama ada berlaku perubahan poliitk dinamik yang menyebabkan kita perlu pelarasan.

“Kita akan runding dengan pemimpin-pemimpin parti komponen BN untuk mencari fomula terbaik pembahagian kerusi,” katanya selepas merasmikan Konvensyen Perwakilan Kebangsaan Parti Gerakan ke-40 di ibu negara, kelmarin.

Musa berkata, beliau percaya menerusi perbincangan dengan hati yang terbuka dan ‘Semangat BN’ yang tinggi dalam kalangan semua pemimpin komponen BN, cadangan Perdana Menteri itu akan menghasilkan formula yang terbaik bagi BN menentukan pembahagian kerusi dan juga pemilihan calon-calon yang boleh menang” dalam PRU ke-13 kelak.

Menurutnya, apa yang penting ialah untuk melihat calon-calon BN beroleh kejayaan dengan memenangi kerusi-kerusi yang diberikan kepada parti yang bertanding atas tiket BN.

Ditanya mengenai pembahagian kerusi di kawasan yang sebelum ini ditandingi oleh calon-calon daripada Parti Maju Sabah (SAPP) sebelum itu bertindak keluar daripada BN, Musa berkata, ianya akan dibicangkan bersama dengan komponen BN.

Menurutnya, kalau kawasan itu parti tertentu yang kuat dan mempunyai sokongan yang cukup baik, kita akan berikan kepada parti berkenaan.

“Ini kita akan melihat keadaan tempat itu, pada masa yang sama kita juga harus bekerjasama apabila kawasan berkenaan diberikan kepada parti lain-lain, maka semua komponen parti dalam BN mesti bekerjasama untuk menentukan kemenangan calon tersebut di kawasan berkenaan,” katanya.

Musa berkata, semangat kerjasama BN dalam BN sememangnya wujud sekian lama dan apa yang Perdana Menteri mahu semangat kerjasama itu dimantapkan lagi dengan meneruskan usaha dan perpaduan serta kesepakatan untuk mencapai kejayaan yang besar pada PRU ke-13.

No comments:

Post a Comment