Monday 10 October 2011

T-HIDRANT RM22,000 DI LABUAN?



Saudara Pengarang,

SAYA amat tertarik dengan sebuah artikel ‘Fire Extinguisher or Corruption in PL?’ Sebenarnya banyak masalah yang dihadapi oleh para peniaga di Labuan apabila hendak memohon Lesen perniagaan atau menukar alamat premis tetapi tiada orang yang berani mengemukakan masalah yang mereka hadapi kepada pihak atasan kerana ketakutan permohonan akan ditolak dengan alasan menentang pihak berkuasa.

Wahai semua warga Labuan, kita harus faham kerana sebagai seorang warga Malaysia dan pembayar cukai yang ingin memohon Lesen perniagaan tidak sepatutnya takut dengan pihak berkuasa seperti Majlis Tempatan atau Jabatan Bomba.

Sebenarnya kedua pihak harus membantu para perniaga bukan hanya tahu menyusahkan atau menyalahguna kuasa untuk kepentingan diri atau menagih rasuah. Saya tidak nafikan, terutama tauke Cina memang tidak berani melaporkan kepada pihak atasan atau SPRM jika mereka dianiaya atau ‘disembelih’ oleh pegawai berkuasa.

Menurut maklumat yang saya terima, seorang tauke Cina yang membina sebuah gudang dikehendaki memasang satu ‘T’ Hidrant di tepi gudangnya oleh Jabatan Bomba berjumlah RM22,000.

Di sini kami ingin bertanya adakah ‘T’ Hidrant yang bukan dibuat daripada stainless steel dan hanya disambung ke paip besar JKR di tepi jalan untuk menyambung pili bomba jika ada kebakaran. Adakah ‘T’ Hidrant termasuk kos permasangan begitu mahal di daerah lain?

Kami bagi pihak berapa tauke Cina merasakan harga ‘T’ Hidrant dan kos pemasangan yang dikenakan Jabatan Bomba Labuan adalah keterlaluan. Adakah di Sabah atau Sarawak pun RM22,000 atau kontraktor sudah ‘Top-Up’ untuk pegawai yang menandatangani kelulusan?

Apatah lagi pusat hiburan dan premis urut yang banyak bilik dan perlu surat ulasan bomba untuk pembaruan lesen setiap tahun. Kami rasa setiap hujung tahun, tauke pun ketakutan mahu menjawab panggilan telefon.

Kami telah menerima aduan dan maklumat mengenai jabatan tersebut yang sentiasa menyalaguna kuasa tapi enggan menjelaskan di artikel ini. Kami akan beri maklumat yang kami kumpul kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendesak SPRM menyiasat segala penyalahgunaan kuasa dan korupsi di jabatan tersebut.

Salam Hormat,

SKUAD ANTI RASUAH

No comments:

Post a Comment