Monday 10 October 2011

MUTALIB M.D DI RADIO FREE SARAWAK



Oleh : JAYANTHI GEETHA SUKUMARAN

C.E.O merangkap Ketua Editor Sabahkini.net akan diwawancara oleh Radio Free Sarawak pada jam 12 tengah hari ini (10 Oktober 2011) berhubung isu IC Projek, Masalah Imigran dan Legalisasi Pendatang Asing tanpa Izin dan sejauh mana kesannya kepada pilihanraya Malaysia.

Mengikut jadual, wawancara selama 10 minit berkenaan akan ke udara pada jam 12 tengah hari bagi mengupas permasalahan imigran dan kesan IC Projek terhadap pola dan lanskap politik Malaysia.

Untuk makluman, Mutalib M.D telah menghasilkan empat buah buku berhubung isu kewarganegaraan songsang iaitu IC Palsu Merampas Hak Anak Sabah, Pengundi Untuk Di Sewa, IC Projek Agenda Tersembunyi Mahathir? dan 007-Lelaki Malaysia Terakhir.

No comments:

Post a Comment