Monday, 10 October 2011

SHAFIE AFDAL DEWA LAUT @ RAJA PALAU?



PUNCA…..Datu Pengeran Ahmad menyalahkan Shafie Afdal punca Jambatan Pulau Bum-Bum tidak menjadi kenyataan.

Oleh : MEDIA PKR CABANG SEMPORNA.

DATU Pengeran Ahmad Datu Ali Alam menyalahkan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal kerana gagal dan terus gagal mengurus rakyat di Semporna; selain dari memperkayakan diri sendiri.

Rakyat Semporna yang menagih janji Shafie untuk membina jambatan penghubung di antara tanah besar Semporna dengan Pulau Bum Bum, kini semakin hampa kerana tidak mungkin menjadi realiti.

Rakyat Semporna, kata Datu Pengeran nampaknya tertipu oleh janji manis Shafie Afdal yang dilihat sibuk membina legasinya sendiri bagi mengekalkan kuasa dan merancang untuk menawan Parlimen Silam dan Parlimen Tawau pada pilihanraya PRU13 dan meletakan adiknya, Haji Mohd Yussof Apdal (menantu Tun Sakaran) sebagai Calon Ahli Parlimen Silam.

Shafie yang menjadi ‘Dewa Laut’ bagi Bajau Palau kerana setiap kali beliau datang ke Semporna, sudah pasti disambut oleh ribuan peminta sedekah sehingga menyebabkan kemalangan yang melibatkan kematian; kesesakan jalan sehingga mencederakan kepada beberapa orang rakyat Semporna.

“Saya amat kesal membuang masa pada hari jumaat lalu hampir 3 jam menunggu pengumuman Projek Mega pembinaan Jambatan Pulau Bum-Bum atau lebih terkenal Jambatan PBB yang pernah dijanjikan Shafie Afdal setiap kali pilihanraya umum,” kata Datu Pengeran yang kecewa kerana Bajet 2012 yang dibentangkan Perdana Menteri tidak menyebut langsung tentang Jambatan Pulau Bum Bum.

Kelmarin, kata Datu Pengeran, sudah genap 16 tahun Shafie Apdal mewakili Parlimen Semporna, tetapi masih gagal menaiktaraf keperluan asas penduduk Semporna termasuk pekan Semporna yang berlubang di sana sini.

Jesteru itu, adalah lebih baik beliau meletakan jawatan sebagai Menteri Luar Bandar dan Wilayah dengan segera kerana kata Datu Pengeran, rakyat Semporna bosan dengan sikap Shafie tidak bermaruah kerana hanya pandai menabur janji kosong.

Datu Pengeran turut memberi jaminan akan berusaha keras bagi memastikan Shafie Apdal tidak terpilih lagi sebagai Ahli Palimen Semporna pada pilihanraya akan datang kerana beliau dan Cabang PKR akan berkerja keras untuk menerangkan kepada rakyat bahawa kepimpinan Shafie Apdal perlu ditamatkan bagi memberi laluan kepada pemimpin yang lebih mesra rakyat, bukan pemimpin yang ingin menjadikan dirinya DEWA LAUT atau RAJA PALAU.

No comments:

Post a Comment