Thursday, 20 October 2011

SAH, SHAFIE APDAL ‘PELESIT’ DAN ‘PARASIT’



Oleh : JAYANTHI GEETHA SUKUMARAN

MEMANG sah! Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal adalah ‘Pelesit’ dan sekaligus sebagai ‘Parasit’ di dalam UMNO dan Barisan Nasional.

Demikian kata Timbalan Ketua Penerangan Angkata Muda Parti Keadilan Sabah, Citra Masadi sebagai mengulas tindakan Shafie yang melakukan sabotaj kepada ekonomi Negara melalui projek ‘Top-Up’ KKLW bernilai berbilion ringgit, tanpa rasa gentar sedikitpun terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sebagai tokoh UMNO Sabah yang paling disegani di Malaysia, Shafie yang digelar ‘Blue Eyed Boy’ kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang dengan penuh bongkak dan sombongnya dipanggil sebagai ‘Bro’ atau ‘Big Brother’; sepatutnya menjaga reputasi Perdana Menteri; sebaliknya bertindak sebagai ‘Pelesit’ dan ‘Parasit’ kepada UMNO dan Najib.

Menurut Citra, ‘Pelesit’ ialah sejenis makhluk halus, dari golongan jin atau syaitan, yang dipelihara oleh seseorang, biasanya wanita @ Zahida, bagi tujuan memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka. Hantu ‘Pelesit’ dipercayai diberi makan darah dari jari tangan tuannya!

Manakala ‘Parasit’ pula adalah serangga kecil atau tumbuhan yang dapat memusnahkan rumah tumpangannya seperti pokok, manusia atau haiwan; menggunakan jaringan organisme lainnya untuk mendapatkan zat nutrisi, sehingga objek yang ditumpangi musnah.

“Sebagai Menteri Kanan Najib, Shafie sewajarnya menunjukkan contoh yang baik dan bukannya membelakangkan undang-undang dengan melakukan rasuah secara terbuka melalui pemberian tender KKLW kepada proksi, kroni dan kontraktor yang boleh membayar lebih,” kata Citra yang mendesak Kerajaan Malaysia menyediakan Kertas Putih berhubung pembaziran dana awam oleh KKLW.

Tegas Citra, mengikut risikan Tim Pemantau AMK PKR, pihaknya telah menghidu rasa tidak puas hati dari kalangan pemimpin UMNO di Kedah, Johor, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Trengganu yang marah dengan sikap Shafie yang gagal menjaga nama baik Najib; dengan memberikan tender terhad KKLW kepada kontraktor tertentu yang tidak berkelayakan, tetapi sanggup memberikan komisyen yang tinggi, sedangkan mereka yang turut menyertai tender berkenaan turut menawarkan harga yang optima.

“Kita tidak tahu sama ada SPRM masih berperanan mencegah rasuah atau turut menggalakkan rasuah kerana sekalipun mengetahui Tenaga Nasional Berhad (TNBes) turut serta dalam tender BELB Pulau Banggi, tetapi gagal mendapatkan tender berkenaan; namun sehingga ke hari ini belum melakukan sebarang siasatan,” kata Citra yang mengesahkan pihaknya turut membuat laporan rasmi kepada SPRM, apatah lagi TNB telah mematerai memorandum persefahaman dengan SPRM.

Jika SPRM hanya berminat untuk menyiasat kes rasuah kaki lima, kata Citra, sewajarnya hanya dijadikan sebagai Lembaga atau Jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan diketuai Shafie Apdal (Orang Kepercayaan Najib) kerana sehingga kini SPRM tidak pernah memanggil beliau untuk siasatan, sekalipun sudah lebih 313 laporan dibuat terhadap Shafie di seluruh Malaysia.

Bagaimanapun, Citra berpendapat, dalam kemelut politik Malaysia, petualangan Shafie membuka ruang yang cukup besar kepada Pakatan Rakyat untuk menambah kerusi di Dewan Rakyat dan merampas lebih banyak negeri yang dijajah BN.

“Pakatan tidak memerlukan modal yang besar untuk menumbangkan BN pada pilihanraya umum akan datang kerana Shafie boleh menjadi ‘detinator’ yang cukup bertenaga menghancurkan kesombongan Najib terhadap kewibawaan palsu Shafie,” kata Citra yang menganggap Najib membuat kesilapan besar jika terus memanjakan Shafie dengan peruntukan KKLW yang boleh membeli Sabah, sekalipun rakyatnya menentang keras persekongkolan ini.

No comments:

Post a Comment