Oleh : LCF-TSMP.
SETELAH membaca kenyataan Sabahkini.net yang dilaporkan pada 19 Oktober 2011 bertajuk ‘Taman-Taman Sabah Ajak Pewaris Berperang’, Waris Pulau Sipadan terpanggil untuk menulis surat dan membuat kenyataan dalam Sabahkini.net untuk turut serta berjuang dengan para Pewaris Taman Marin Tun Sakaran yang dicabul hak mereka.
“Saya Haji Maharaja Ab Raup bin Mahajud, Ketua Pewaris Pulau Sipadan, mengingatkan kepada Kementerian Pelancongan Sabah dan Taman-Taman Sabah jangan merampas Hak Adat Waris LCF-TSMP. Saya tetap bersatu dan bersama dengan mereka untuk menghadapi sebarang kemungkinan demi mempertahankan Hak Adat Pewaris Pulau-Pulau di Semporna “
Kenyataan ringkas Haji Maharaja selaku Ketua Pewaris Pulau Sipadan ini sudah cukup membuktikan bahawa Para Pewaris tidak gentar dan bersiap sedia menghadapi ‘Saiwar’ (Perang Psikologi) dan gangguan fizikal yang hendak dbuat oleh Taman-Taman Sabah terhadap Para Pewaris di Pulau-Pulau Semporna.
Dalam satu panggilan ringkas malam tadi, Haji Maharaja yang sedang berada di Kota Kinabalu memaklumkan, beliau kesal dan terkejut apabila membaca laporan Taman-Taman Sabah yang terus menunjukkan sikap agitasi dan hiprokrasi mereka kepada Pewaris dalam menangani permasalahan Hak Warisan di pulau-pulau Semporna.
Jesteru itu beliau memberi jaminan akan turut menyertai dan memberi sokongan moral, material dan fizikal kepada LCF-TSMP bagi mendapatkan hak mereka. Jika perlu, beliau akan memulakan peperangan di mahkamah keadilan dan akan menemui peguam beliau bagi memfailkan injunksi dan menyaman Taman-Taman Sabah yang turut mengganggu hak Pewaris Pulau Sipadan.
“Kami mesyarakat Pewaris Pulau dan Pemilik pulau di pulau-pulau Semporna, bukannya penduduk pulau yang menunggu suapan dan ikut arahan Shafie Apdal seperti dicucuk hidung macam zaman British dulu. Kami tidak berjaya memiliki pulau-pulau ini kalau generasi kami tidak tegas dan tidak berani memperjuangkan hak kami sejak beratus tahun dahulu.
“Ingatan saya sekali lagi kepada Taman-Taman Sabah, jangan anggap kami penduduk pulau yang buta peraturan dan undang-undang kerana kami adalah Pemilik Pulau yang menjadi pemegang ‘Legasi Bangsa Bajau Suluk’ di Perairan Pulau-Pulau Semporna.
“Jika perlu bermandikan darah, kami sanggup demi memperjuangkan hak kami. Kami tetap akan lakukan demi mempertahankan ‘LEGASI’ keturunan kami di perairan Pulau-Pulau semporna tidak lenyap begitu saja.
“Hidup atau mati kami akan bersama pewaris pulau-pulau TSMP bagi menjaga kepentingan kami. Kami akan menolak rancangan jahat Taman-Taman Sabah yang sedang mencari badut-badut di kawasan Semporna, termasuk Shafie Apdal, Nasir Tun Sakaran dan semua YB Boneka untuk dijadikan alat bagi memecah belahkan kesatuan para pewaris.
“Kami sedar semua ini dirancang oleh Mafia yang berlindung di sebalik nama Taman-Taman Sabah. Ingatan keras kami, jangan suka hati buat peraturan dan pecahkan ‘Legasi Bangsa Bajau’ hanya kerana anda rasa anda boleh merancangnya, sebab rancangan jahat itu akan memakan diri anda sendiri,” kata Haji Maharaja lagi yang kesal dengan sikap lepas tangan Kerajaan Persekutuan berhubungan kedaulatan Sabah.
teruskan perjuangan Haji Maharaja..
ReplyDelete