Wednesday 26 October 2011

DEEPAVALI Vs UMNOVALI?



Oleh : MUTALIB M.D

KENDATIPUN Hari Deepavali atau Diwali atau Divali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan cuti umum di Malaysia, namun masih menjadi persoalan bagi rakyat Sabah kerana mengikut Banci Perumahan 2010, hanya terdapat 12,004 penduduk India di Sabah.

Jumlah tersebut hanya 0.366 peratus daripada penduduk Sabah seramai 3,271,921 namun atas Dasar Barisan Nasional kaum India di Sabah menikmati cuti umum sedangkan daripada jumlah 12,004 orang, 5,118 daripadanya mereka yang berusia di bawah 21 tahun.

Dengan hanya 6,886 orang dewasa dan kurang 5,000 daripadanya mendaftar sebagai Pemilih Berdaftar, kaum India di Sabah berjaya menikmati kehidupan yang lebih baik berbanding kaum minoriti lain di Sabah, terutama jawatan penting dalam kerajaan, politik dan peluang perniagaan.

Sesuai dengan Deepavali yang disambut pada hari ini, 26 Oktober 2011 iaitu hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) yang dikenali sebagai ‘Pesta Cahaya’ hidup Masyarakat India di Sabah semakin terbela di bawah pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional.

Namun hakikatnya, Deepavali tidak wajar disambut di Sabah kerana kebanyakan masyarakat India dan ahli MIC terdiri daripada warga asing yang mendapat MyKad Projek dan majoriti mereka menjadi ahli UMNO dan mempunyai MyKad beragama Islam sedangkan kebanyakan mereka masih meneruskan aktiviti keagamaan Hindu kerana tidak pernah masuk Islam; melainkan diIslamkan Jabatan Pendaftaran Negara tanpa persetujuan mereka.

Pengerusi MIC Sabah sewajarnya malu dengan senario ini dan tidak mengundang Timbalan Perdana Menteri untuk merasmikan Rumah Terbuka Deepavali pada ahad ini kerana akan mengundang tohmahan rakyat jati Sabah yang mula membenci BN disebabkan ketidak jujuran pemimpin BN melayan mereka selama ini.

Kebanyakan ahli MIC juga adalah Ahli Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Muslim (DPIM) yang diterajui Datuk Baisul Khan; KIMMA dan pelbagai persatuan lain yang sewajarnya bergabung dengan UMNO untuk menyambut ‘UMNOVALI’ kerana hampir kesemua ahli MIC dan DPIM di Sabah adalah ahli UMNO.

Syabas dan tahniah kepada V.Jothi kerana berjaya memperdaya Timbalan Perdana Menteri dan seluruh rakyat Sabah bahawa kaum India telah memberikan sumbangan yang besar kepada Sabah; sekalipun 90 peratus pendapatan peniaga IC Projek ini dihantar secara haram ke India dengan restu MIC!

Rombonandri!

No comments:

Post a Comment