Sunday, 23 October 2011

PERLU BERANI HINDARI SIKAP MENGAMPU



DIALOG....Azizah (dua kanan), Siti Sapoo (kanak), Mariati (tiga kanan) dan Asnimar (empat kanan) semasa dalam sesi dialog dengan peserta.

Oleh : ABU BAKAR ESAH

Wanita perlu mempunyai sifat berani untuk memastikan martabat wanita dapat diangkat pada tahap yang sewajarnya.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Hajah Azizah Mohd Dun berkata sikap berani adalah pelengkap kepada ketrampilan diri yang dimiliki oleh seorang individu.

“Sebagai wanita kita perlu ada keberanian untuk menghadapi cabaran masa kini dalam memastikan kaum wanita mencapai kedudukan yang sepatutnya. Kita perlu Berani bercakap dan berani unuk melaksanakannya,” katanya sambil mengingatkan agar wanita menghindari sikap suka mengampu untuk mendapat sesuatu seperti kenaikan pangkat dan sebagainya.

Beliau berkata semikian ketika merasmikan Bengkel Pembangunan Kepimpinan Wanita Berwibawa Tahun 2011 Fasa 2 di Hotel Promenade di sini kelmarin.

Bengkel yang diadakan pada 18 hingga 21 Oktober itu dianjurkan Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) dengan kerjasama QSC Outreach Services.

Hadir, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Asnimar Haji Sukardi, Pengarah JHEWA Datuk Siti Sapoo Haji Ahok dan Pengerusi Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS), Datuk Hajah Mariati Robert.

ALBUM……Azizah (duduk tengah), Asnimar (lima kiri), Siti Sapoo (empat kiri) dan Dr Mariati (lima kanan) merakamkan gambar bersama peserta Bengkel Pembangunan Kepimpinan Wanita Berwibawa Tahun 2011 Fasa 2 di Hotel Promenade, Kota Kinabalu.

Azizah berkata walaupun terdapat beberapa kejayaan yang dicapai oleh kaum wanita tetapi ianya masih belum cukup memuaskan khususnya untuk mencapai kouta 30 peratus bagi wanita dalam kerajaan, swasta, ekonomi dan bidang politik.

“Untuk mencapai matlamat ini usaha berterusan perlu diperhebat. Saya berharap peserta-peserta berusaha meningkatkan pengertahuan dan terus bekerja keras untuk memanfaatkan ilmu yang kita miliki,” katanya.

Katanya lagi wanita tidak harus mudah berpuas hati dengan sedikit kejayan kerana kejayaan akan menjadi statik tanpa usaha berterusan.

“Saya menyeru ikutilah sebarang program untuk menambah ilmu dan pengetahuan. Kita harus mempersiapkan diri. Siapa lagi yang akan mengangkat diri kita kalau bukan kita sendiri,” katanya.

No comments:

Post a Comment