Friday 28 October 2011

JALAN KIM FUNG SEMAKIN TERUK



Oleh : CHANG SHAK HUNG

SABAHKINI.NET menerima beberapa aduan baru melalui email terutama kerosakan jalan di Blok B, Bandar Kim Fung, Sandakan pada 25 Oktober 2011 dan telahpun dikemukakan kepada Majlis Perbandaran Sandakan melalui e-aduan MPS.

Kelmarin, lebih kurang jam 11.55 pagi, Sabahkini.net telah menerima email daripada MPS yang menyatakan bahawa permasalahan ini telah diajukan kepada pihak Jurutera Perbandaran Kanan MPS untuk tindakan selanjutnya.

Keadaan ini amat menyulitkan pengguna jalan memandangkan jalan rosak ini akan menghalang pemandu kereta meletak kereta di dalam petak yang telah disediakan memandangkan keadaan yang berlubang serta jalan yang tidak rata. Terdapat 2 lubang besar yang kedalamannya kira-kira ½ hingga 1 kaki, amat membahayakan pemandu kenderaan memandangkan lubang berkenaan susah dilihat ketika waktu malam.

Menurut pengadu, nasib baik beliau memandu kenderaan pacuan 4 roda, jikalau kenderaan kecil, tayar kenderaan akan termasuk ke dalam lubang berkenaan.

Untuk yang demikian, Sabahkini.net berharap peruntukan segera (emergency fund) perlu dikeluarkan untuk memperbaiki jalan tersebut memandangkan keperluan yang mendesak.

No comments:

Post a Comment