Wednesday 26 October 2011

JANGAN ZALIMI PENDUDUK LIHAK-LIHAK


Oleh : ZAKARIA DAMIT

PERGERAKAN Pemuda Umno Semporna menggesa agar Jabatan Perhutanan negeri Sabah memberhentikan tindakan memusnahkan tanaman lebih 400 orang penduduk Kampung Sungai Nasib Lihak-Lihak, Semporna.

Ketuanya, Mohd Azis Jamman berkata, tindakan mereka itu dianggap tidak berperikemanusiaan sekali gus menyebabkan penduduk kampung hilang punca pendapatan bagi menampung kehidupan seharian mereka.

Katanya, sehingga kini beliau difahamkan lebih lima tanaman penduduk kampung sudah sudah dimusnahkan dan berkemunkinan jumlah itu akan meningkat berikutan kerja-kerja memusnahkan tanaman penduduk kampung masih dilakukan sehingga hari ini.

“Tindakan jabatan terbabit boleh diklasfikasikan tidak berperikemanusiaan tanpa mengambil pendekatan berbincang dengan pemimpin tempatan untuk mencari jalan menyelesaikan masalah dalam tempoh jangka masa panjang.

“Perlu dingat mereka juga memiliki dokumen permohonan tanah secara rasmi sejak dahulu lagi kepada Jabatan Tanah dan Ukur Sabah untuk menduduki tanah tersebut secara sah namun sehingga kini masih belum diluluskan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas diminta mengulas runggutan penduduk Kampung Sungai Nasib Lihak-Lihak, Semporna selepas tanaman mereka dimunsahkan Jabatan Perhutanan negeri Sabah baru-baru ini, di sini kelmarin.

Mohd Azis berkata, tindakan secara membabi buta itu boleh menimbulkan kemarahan kepada penduduk kampung sekali gus menyebabkan mereka hilang kepercayaan untuk menyokong kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Jabatan Perhutanan Sabah perlu mengambil kira, penduduk kampung sudah menduduki tanah ini secara berpuluh-puluh tahun lalu, jadi bayangkan inilah punca pendapatan utama mereka bagi memberikan pendidikan kepada anak-anak mereka.

“Kegiatan mereka ini sudah tentu mengundang perasaan marah penduduk kampung kepada BN serta kerajaan yang memerintah pada masa ini.

“Kita sekarang diambang pilihanraya adakah Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman ingin melihat pencapaian peratusan undi di Parlimen Semporna akan terjejas,” katanya.

Mohd Azis berkata, Pergerakan Pemuda UMNO menentang sekeras-kerasnya kegiatan tidak berperikemanusiaan Jabatan Perhutanan negeri Sabah memusnahkan tanaman penduduk kampung Sungai Nasib Lihak-Lihak, Semporna.

“Kita Mahu pengarahnya turun sendiri ke kampung ini melihat sendiri apa yang telah dilakukan pegawai dan kakitangannya sehingga menimbulkan masalah kepada penduduk kampung berkenaan,” kata Mohd Azis yang menggesa Jabatan Perhutanan mencari jalan penyelesaian terbaik termasuk tawaran OP bagi menghentikan segera kezaliman ini.

No comments:

Post a Comment