Sabahkinitv Production

Loading...

Friday, July 12, 2013

KEMENTERIAN WAJAR SIASAT KEKURANGAN DIESEL

by: Junz Wong


Junz Wong meminta kerajaan untuk menyiasat pernyataan atas kekurangan pembekalan diesel di negeri Sabah.

Kenyataannya telah ditolak oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bahawa pembekalan diesel berada dalam keadaan yang sihat sedangkan terdapat banyak aduan yang diterima tentang pembekalan diesel dalam petrol stesen adalah tidak mencukupi dan keadaannya sangat serius.


Wong, ADUN N.14 Likas, yang juga merupakan Penolong Setiausaha DAP Sabah, telah melawati pinggir pedalaman Kenigau dan Tenom pada minggu lepas, berkata bahawa ramai penduduk tempatan telahpun berbicara dengan beliau megenai hal ini. Mengikut kata salah seorang pengadu, dia terpaksa beratur begitu panjang sekali untuk membeli diesel tetapi pada akhirnya stesen petrol telah pun kehabisan minyak diesel. Keadaan ini turut menunjukkan bahawa penduduk - penduduk di bahagian pedalaman selalu dianiaya.

Bagaimanapun, junz wong telah berkata bahawa beliau akan meneruskan siasatan ke atas isu ini dan turut akan meminta kerajaan dan kementerian yang berkaitan untuk mencari jalan penyelesaian dan bukan hanya menafikan hal ini tanpa sembarang basis.

Beliau berkata, salah satu sebab mengenai kekurangan pembekalan minyak diesel adalah disebabkan oleh aktiviti - aktiviti petrol haram. 'pihak berkuasa haruslah mengetahui kebenaran hal tersebut dan mengambil tindakan untuk mencegah hal ini berlaku', junz membuat kesimpulannya.

No comments:

Post a Comment