OLEH: SHAIMON S JUMADI
Menurut
Wong Pada tahun yang lalu, LPPB telah memindahkan tangki-tangki air
besar di tempat kediaman tersebut, tanpa persetujuan daripada pihak
pemilik penghuni tersebut
Wong
menambah ekoran darpada tindakan tersebut para -pemilik rasa tidak
puas hati lantas mereka telah mengadu kepada beliau dan wong
kemudian membantu mereka untuk mencapai satu perjanjian dengan pihak
LPPB untuk membaiki sesetengah kemudahan tersebut disamping meminta
pihak yang berkenaan membersihkan longkang, dan mengecat semula dinding
luar tempat kediaman tersebut.
Dalam
ceramahnya beliau di tempat kediaman itu pada baru-baru ini beliau
telah janji akan mengambil tindakan lanjutan untuk mendesak pihak LPPB
untuk melaksanakan perjanjian mereka.
Wong telah memberitahu bahawa pihak LPPB telah mengeluarkan ikhlan di akhbar tempatan mengenai sebut harga (Tender) bagi mengecat semula dinding luar kediaman tersebut di tingkat 3 sebanyak 20 blok.
Wong telah memberitahu bahawa pihak LPPB telah mengeluarkan ikhlan di akhbar tempatan mengenai sebut harga (Tender) bagi mengecat semula dinding luar kediaman tersebut di tingkat 3 sebanyak 20 blok.
“Saya
kini sedang berada di Kuala Lumpur untuk menghadiri Sidang Parlimen
dan saya rasa gembira kerana pihak LPPB telah mengambil tindakan untuk
melaksanakan kerja- kerja tersebut, dan berharap mereka akan cepat
menunaikan janji mereka supaya dapat memenuhi keinginan para
pemilik”Ujar Wong .
No comments:
Post a Comment