Friday 12 July 2013

DAP SEMAKIN MENDAPAT SOKONGAN MELAYU

OLEH: SHAIMON S JUMADI


SANDAKAN:- Kenapa sejak kebelakangan ini ramai masyarakat Melyu sama ada di Semenanjung mahupun di Sabah begitu minat menyertai Parti DAP yang mejoritinya 80 peratus adalah masyarakat  Cina.
 
Kesedaran orang Meleru mahupun Bumiputera terhadap  perjuangan DAP bukanlah untuk kaum cina  semata-mata sahaja seperti yang didakwa oleh parah pemimpin UMNO-BN  tanggpan mereka jauh meleset .

DAP walaupun dipimpinan oleh Masyarakat Cina tetapi telus dalam memperjuangkan hak-hak asasi manusia tidak kira siapa mereka  berbanding dengan parti UMNO mereka langtang bersuara tetapi hanya untuk kepentingan kaum Melayu sahaja sebab mereka ada komponen parti BN seperti MCA dan MIC untuk mewakili kaum mereka masing=masing.

Dayang Subaidah Hj Datu Tahir Ketua Cawangan DAP Kampung Sim-Sim Jambatan Lorong  13 (gambar) telah menyatakan dalam satu wawancara khas dengan  Wartawan Kanan Sabahkini.Net   di Pejabat DAP Bandar Litad di sini kelmarin.


Menurut Dayang setakat ini orang-orang Melayu yang menjadi Ahli DAP telah mencecah hampir 100 orang yang kebanyakkannya manta ahli-ahli BN yang keluar meninggal parti UMNO dan Gerakan kerana mereka sudah hilang kepercayaan pucuk pimpinan BN/UMNO.

Sementara dalam penjelasan Ketua Cawangan DAP Kampung Berhala Darat Jambatan Lorong 15 Sim-Sim Awang Jaidin Damit  (Gambar) kenapa mereka berminat menyertai DAP sebab ahli-ahli Parlimen DAP berani dan lantang menegur  dan mengkritik para pemimpin BN yang tidak amanah dalam menjalankan  tanggungjawab terlalu banyak birokrasi hanya kroni-krini merekaq saja yang mengecapi kesenangan.

‘Saya juga mempunyai keahlian berjumlah lebih 100 orang yang menyertai DAP saya percaya mereka berjuang untu DAP bukan berkisar untuk mencari keuntungan apa yang ada kepada DAP bukan ada peruntukan berbanding dengan UMNO/BN ujarnya”

No comments:

Post a Comment