Friday, 12 July 2013

PEMBERITAHUAN







Kembalinya ke rahmatullah Mutalib MD, Ketua Editor laman portal Sabahkini.net amatlah mendukacitakan semua pihak yang cintakan perjuangan untuk rakyat dan negeri Sabah.

Sebagai menghormati teras perjuangan beliau khasnya dalam bidang kewartawanan dan perjuangan untuk rakyat dan negeri Sabah, pihak Editorial akan meneruskan perjuangannya dengan meneruskan penyiaran berita-berita sensasi semasa dan terkini.

Pihak Editorial dengan ini membuka semula operasi laman portal Sabahkini.net bermula hari ini. Para wartawan, penulis bebas dan pemimpin tempatan bolehlah menghantar artikel anda seperti biasa ke alamat emel: sabahkini.net@gmail.com. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment