Friday, 12 July 2013

3 ATLET SUKMA DIDAKWA ROGOL PEGAWAI SUKAN WANITA



Petaling Jaya: Tiga atlet lelaki Sukan Malaysia (SUKMA) didakwa di Mahkamah Sesyen, hari ini atas tuduhan merogol pegawai tambahan wanita berusia 20 tahun, minggu lalu.

Adib Adha Ismail, 18; Megat Farzeril Faiz Megat Razali dan Mohammad Shaizzad Md Shafie, masing-masing berusia 19, didakwa melakukan kesalahan itu di Universiti Putra Malaysia (UPM), 4 Julai lalu.

Pertuduhan terhadap mereka dibacakan berasingan. Mahkamah membenarkan ketiga-tiga tertuduh, masing-masing diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Ogos ini untuk sebutan kes.(Berita Harian)

No comments:

Post a Comment