oleh: Arshad Hussin.
Wakil
Rakyat Kawasan DUN Senallang,Dato Sri Nasir Tun Sakaran,mengingatkan
semua pemimpin-pemimpin masyarakat dan kakitangan Pemimpin Kemajuan
Rakyat (UPKR) terus bekerja kuat meningkatkan perkhidmatan melaksana
tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kerajaan.
TANGKI
1MSIA...Dato sri Nasir(dua kiri) menyampaikan surat tawaran bantuan
Tangki 1Msia kepada salah seorang penerima wanita kawasan Dun Senallang
di Dewan Serbaguna Inabah Kamal,Semporna.
Katanya,kerajaan
akan tetap meneruskan agenda Tradisi Membela Rakyat dan Mendahulukan
Rakyat berlandaskan konsep 1Malaysia dengan menyalurkan bantuan
keperluan asas kepada segenap lapisan rakyat.
Sehubungan
itu mereka dinasihatkan tidak terpengaruh dengan pelbagai fitnah dan
tidak menghiraukan hasutan pembangkang berhubungan keputusan Pilihan
Raya Ke-13 lalu.
Nasir
berkata, sistem dan undang-undang pilihan raya di Malaysia berlandaskan
kemenangan mengikut majoriti mudah dan kemenangan perwakilan mengikut
kawasan, bukan berdasarkan undi popular.
Tegasnya,Malaysia mengamalkan pemilihan sistem simple first-past- the-post dan menerusi sistem
ini, calon yang menang ialah calon yang mendapat undi terbanyak
(walaupun dengan kelebihan satu undi sahaja). Sistem ini digunakan sejak
pilihan raya umum pertama diadakan pada tahun 1959 lagi.
Beliau berkata demikian sempena merasmikan majlis penyampaian bantuan Tangki 1Malaysia di Dewan Serbaguna Inabah Kamal di sini.
PENERIMA BANTUAN...Sebahagian pemimpin masyarakat dan penerima bantuan Tangki 1Msia di Dewan Inabah Kamal,Semporna.
Hadirsama
sempena majlis itu,Ketua Daerah Semporna,OKK Haji Musa Sabaani;Pegawai
Kemajuan Masyarakat Dun Senallang,Roslan Jalaludin;Ketua-Ketua/Wakil
Ketua Anak Negeri;Ketua-Ketua Kampung dan Pengerusi-Pengerusi JKKK
Kawasan Dun Senallang.
Sempena majlis itu Nasir menyampaikan Tangki 1Malaysia kepada 180 orang penerima bagi Kawasan DUN Senallang.
Nasir
yang juga Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (Sedco),turut
mengingatkan masyatakat Islam meningkatkan amal ibadat dan melaksanakan
tanggungjawab selaku umat Islam.
Katanya,bersempena
menyambut bulan Ramadhan yang akan menjelang beberapa hari lagi,umat
Islam hendaklah mempersiapkan diri dari segi mental dan rohani
menunaikan ibadat puasa serta mengawal hawa nafsu.
“Puasa
Ramadhan merupakan salah satu Rukun Islam yang wajib ditegakkan oleh
umat Islam yang telah baligh sebagaimana firman Allah SWT bermaksud,"Hai
orang-orang yang beriman, diwajibakan atas kamu berpuasa, sebagaimana
diwajibkan kepada orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertakwa",kata
Nasir.
No comments:
Post a Comment