TIGA angggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang terkorban ketika bertugas merupakan antara 202 anggota Batalion 15 di Sandakan diberikan kenaikan pangkat dari Lans Koperal kepada Koperal.
Mereka adalah Sylester Assin dari Tambunan, Sopieh Jalhani dari Kunak dan Augustine Lee dari Sibu, Sarawak yang terbunuh selepas trak polis yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori treler di Batu 19 Jalan Sandakan-Kota Kinabalu pada September tahun lepas.
Pegawai Pemerintah Batalion 15 PGA Sandakan Supt Landi Ilod berkata pemberian kenaikan pangkat itu merupakan penghargaan kepada mereka yang terkorban ketika dalam tugas.
"Pucuk pimpinan menghargai pengorbanan mereka ketika bertugas termasuk mencari pendekatan untuk membalas jasa mereka melalui pemberian kenaikan pangkat," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyemaian Pangkat Koperal dan Penyampaian Surat Penghargaan kepada anggota Batalion PGA Sandakan di sini Rabu.
Landi berkata lencana pangkat koperal itu dihantar kepada keluarga tiga anggota berkenaan. (BERNAMA)
No comments:
Post a Comment