Friday, 7 October 2011

APA PEMBANGKANG BOLEH BUAT UNTUK SABAH?



ALBUM ....Tan Sri Ampong bergambar dengan para AJK UMNO Bahagian Sandakan.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

PILIHAN raya umum ke 13 (PRU-13) semakin hampir dan ahli-ahli UMNO di semua peringkat cawangan khususnya di kawasan Sandakan yang merangkumi dua kawasan DUN Elopura dan Tanjung Papat sudah di arah supaya bersiap sedia untuk menyusun jentera bagi menghadapi pilihanraya yang disifatkan sebagai satu persaingan sengit.

“Jentera parti perlu diperkemaskinikan di setiap peringkat kerana kita tidak tahu bila pilihanraya akan diadakan, tetapi yang yang pastinya ia sudah berada di ambang pintu dan hanya menunggu isyarat daripada pucuk pimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN).”

Ketua Bahagian UMNO Sandakan, Tan Sri Hj Ampong Hj Puyon berkata demikian ketika berucap merasmikan program Juara Rakyat UMNO Sandakan 2011 yang bertemakan ‘Petani, Penternak dan Nelayan’ anjuran UMNO Sandakan yang dilangsungkan di Dewan Masyarakat Sandakan, malam kelmarin.

“Kita perlu bersiap sedia dari sekarang dan mempastikan jentera-jentera parti diperkemaskan disusun rapi untuk memastikan kemenangan besar BN, khususnya calon-calon DUN Elopura, Tanjung Papat dan termasuk calun Parlimen Sandakan dimiliki semula oleh BN,” ujarnya.

Ampong berkata lagi, langkah segera perlu dilakukan kerana pihak pembangkang sedang berusaha bagi menggugat kekuatan BN dengan pelbagai cara termasuk melemparkan dakyah-dakyah songsang yang mengelirukan fikiran rakyat semata-mata untuk meraih simpati rakyat.

Tambahnya lagi, rakyat seharusya tidak mudah terpedaya dan terpengaruh progranda yang sengaja mengelirukan yang dilemparkan parti pembangkang kerana semuanya hanya gimik politik; sedangkan BN merupakan parti terbaik dan telah banyak berjasa, khususnya dalam konteks pembangunan negara.

“Apa yang mereka boleh buat untuk rakyat Sabah?” tanya Ampong sambil menjelaskan rakyat di negara ini perlu mengekalkan pemerintahan BN demi kesinambungan pembangunan yang berpanjangan.

Bagaimanapun kata Ampong, beliau tidak bermaksud untuk menperkecil-kecilkan pengaruh Pembangkang, tetapi rakyat sepatutnya dapat menilai arus pembangunan perdana yang dibawa BN selama ini yang telah berjaya menaiktaraf ekonomi dan prasarana.

Katanya lagi, sejak BN memerintah, pembangunan paling ketara ialah di kawasan luar Bandar. Contoh yang terdekat jalan raya dari simpang Telupid masuk menuju ke jalan daerah Tongod dan dari simpang Sapi Plantation masuk ke Jalan Paitan.

“Bak kata orang tua-tua, syiling 5 sen jatuh masih boleh dikutip kerana jalan-jalan tersebut telah dinaik taraf, termasuk juga dari segi kemudahan asas lain seperti bekalan elektrik di kawasan luar Bandar,” kata Ampong lagi.

Jelas beliau lagi, bagi memastikan misi untuk mencapai kemenangan BN di semua kawasan pilihanraya, lantas anggota komponen BN perlu berganding bahu dan mencari mekanisme untuk melaksanakan gerak kerja secara berpasukan.

Menurut Ampong, sektor pertanian, penternak dan nelayan telah menjadi sektor yang banyak menjurus kepada penyumbang utama pertubuhan dan penjana pembangunan ekonomi negara.

No comments:

Post a Comment